= ceritasayastory.blogspot.com: terima kasih awak Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

terima kasih awak

kata orang tak kenal maka tak cinta
tu kata orang , kata saya lak , tak kenal maka tak tahu :)
saya tengok awak je , nak tegur memang tak la sbb saya mmg sedikit pemalu nak2 lagi ngan lelaki yang tak kenal . awak tak hensem . okay ! saya jujur . tapi ya boleh la tahan dan yang penting . awak pun orang pantai timur . ohhh ! sukaa :D
bila jumpa pun selalu main mata je . awak tengok saya , saya tengok awak . tak pernah nak cakap . tapi tape , saya okay . selesa je . yaa ! buatpe nak menggatal kan ? tak payah nak jadi macam tu kan . lagi selesa macam ni
awak tinggi , saya pendek . awak suara garau , saya suara merdu . err . okay . perasan . hee . bila orang jumpa awak , mcam2 dorang cakap , saya cuma senyum . bukan nak back up awak pun . yaa ! buatpe nak back up kan ? kenal pun tak . tapi err series ! saya suka awak :)
saya suka awak dan saya sangat2 suka bila saya dapat dengar awak baca al-quran . masyallahhh ! indah sangat suara awak . dengan tajwid , cara bacaan awak yang sangat buat saya sebak mmg susah nak lupa . emm susah kan nak cari lelaki macam tu sekarang ?
sejak hari pertama kenal , mmg tak pernah cakap pun sampai laa satu hari , saya ada group discusion . awak lak salah sorang group mmber saya . hari tu saya g lewat , dah sampai . awak dah ada kat sana . oh okay ! saya stedy je pun . tgk awak yg macam nak marah je pun saya still slumber . yaa . pegi je duduk dalam group tu then buat apa yang patut . yaa ! jadi perangai sendiri je la . langsung tak kontrol perangai depan awak . even saya suka awak pun . buatpe nak menggedik dengan awak kan ? saya dah ada yang punya waktu tu . yaa . setia je je saya dengan beliau yang ada dalam hati waktu tu :')
tetibe ketua bagi salah satu tugas kat saya dan errr saya cukup2 tak suka ngan tugasan yang dapat tu tapi nak tak nak pun buat jelaa tapii err haa paham2 la bila dah tak suka , buat pun sambil lewa je kan ? tengah2 saya buat tu , awak tengok saya dan mengucap cara saya buat keje . kata awak . benda yang saya buat tu tak lawa . saya terus tengok awak dan membebel . tetibe , awak ambil sume tugas saya dan awak siapkan . errr okay . terdiam kejap -.-'
apa2 pun . tu la buat kali pertama kita bercakap kan ? tade laa sweet bagai tapi tape lah . tak mintak pun semua tu sekarang awak ada dekat lain , saya pun dekat lain . tadi saya on fb tau , tgk fb awak . err kadang2 stalk page awak pun okay je kann ? hehe
dan apa yang saya dapat ? satu senyuman bahagia , satu senyuman lebar . sekarang awak sedang buat keje amal kat rumah anak2 yatim . insyallah , segala apa yang awak buat tu akan dapat keredhaanNya :')
saya cerita semua tentang awak hari ni bukan sbb saya suka awak , tapi sbb saya kagum ngan awak . insyallah nanti nak jugak saya jumpa insan yang macam awak . cukup2 la apa yang dah saya dapat sebelum ni cukup2 menguji saya . tuhan je yang tahu . insyallah , sekarang saya bahagia ngan cara saya . awak tahu ? kalau dulu saya mcm bodoh sbb ingat apa yang dah jadi , sekarang tak lagi . sbb apa ? sbb awak dah banyak sedarkan saya apa yang lebih penting dalam hidup ni . yaa . ilmu dan amal :)
tanpa ilmu , tade orang pandang kan ? dan dengan amal la hidup akan lebih bahagia . awak ! saya nak jerit yang apa yang saya buat kat beliau yang tak pernah hargai saya dulu tak kan saya pandang dah ! terima kasih sbb awak dah sedarkan saya banyak perkara yang dah jadi mmg ada hikmah . walau awak ngn saya bukan ada pape sekalipun . tetap nak say tans :')
kadang2 bila saya tengah sedih , saya kena bahagiakan orang sekeliling saya kan ? dengan cara tu , saya pun akan turut bahagia gak dan kadang2 saya kena jadi selfish bila kena biarkan orang yang tak pernah hargai saya kan ? yaa ! rugi tak . menyesal pun tak

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari