= ceritasayastory.blogspot.com: betul ker tak ? Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

betul ker tak ?

assalamualaikum
alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi :)
esok dah sem baru . can't wait lah :))
btw harini , tade apa yang nak dibebelkan . cuma nak bagitau nie je . errr entah betol entah tidak
cikidout :)

Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki jatuh cinta,wanita itu tidak semestinya punya segalanya tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.
Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai wanita itu.
Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri kebapaanya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat tabah.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. lelaki sulit untuk mengawal perasaan. . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai wanita tahu..
SEMOGA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari