= ceritasayastory.blogspot.com: finally Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

finally

assalamualaikum
setelah sekian lama berdiam diri bukan bermakna dah tak nak share cerita yer . just kebelakangan nie sangat sibuk dengan urusan nak siapkan lesen . yaa dah setahun lebih buat tapi nak test JPJ memang tade masa , ada2 je halangan nak2 lagi bila dipaksa ambil lesen motor dan kereta . well , saya admit yang saya memang tak pandai nak bawak motor . tak tahu kenapa , nervous semacam je . sebab tu tak pernah berharap nak pass untuk test motor semalam . cepat je putus asa kalau part motor , bukan apa , before this parents sangat tak galakkan bawa motor , sebab tu tak selalu bawa pun then lepas rayu dengan parents yang tak nak ambil lesen motor , alhamdulillah mereka bagi kelonggaran , asal buat yang kereta punya je . me ? apa lagi . memang melompat2 la sebab memang tak nak pun lesen motor tu 
but , saya punya cikgu sangatlah tegas . beliau paksa buat juga lesen motor . kata beliau , sangat senang untuk masa akan datang if dah ada dua2 lesen dah . then dalam diam2 saya pun admit juga tapi dah tak nak lesen tu nak buat macam mana kan , just berdiam diri je . dalam hati memang nak protes sangat tapi tak dapat sebab takut cikgu tu akan marah -.-'
yaa , sangat menyakitkan bila parents kita cakap okay tapi orang lain suruh buat jugak . finally dalam keadaan terpaksa buat jela jugak . dari kena marah kan . hehe
maka , bermula lah selama beberapa hari beliau ajar macam mana nak bawa motor . yaa , agak memalukan sebab beliau cakap tak pernah ada dalam sejarah dia ajar calon nak test JPJ bawa motor , then saya diam sebab memang tak pernah berharap untuk pass pun nak2 lagi atas titi yang kena buat tu . fuhh ! memang kuss je semangat tengok orang lain buat . yaa . just tengok orang je . saya tak pulak nak buat -.-'
belajar dan belajar kereta dan motor hari2 dari pagi sampai malam . yaa , sebab nak jugak dapat my own license . yelaa , kalau tak memang susah je nak keluar . nak kena harapkan orang je , tu pun kena siap buat manja2 lagi . haha
lepas belajar , 2 hari before test jpj , kena belajar dekat litar pulak . first day pergi litar memang sangat nervous . hampir putus asa . mana tak nya . bila naik motor , tak sempat apa2 , naik titi dah pun jatuh . nak naik bukit lak sure ter undur kebelakang balik . sangat lah nervous , banyak kali buat pun tak dapat jugak sampai kan ramai mengeluh , errr time nie memang dah nak menangis dah . memang tak tahan . rasa nak balik je jugak . dalam fikiran tak dapat lesen pun tape la . dah tak kisah dah . sempat jugak call puan mama time tu cakap tak nak ambil lesen motor tapi sempat jugak beliau kasi nasihat tapi err okay , sangat rasa nak menangis dah . hehe . after that , nak balik , cikgu tu bawa pergi dekat litar lama yang orang dah tak guna then beliau ajar jugak naik titi  dengan cara yang betul asal tak jatuh then after buat sekali dua , fine ! memang sukses :D
sangat lah bangga dan tersengih je . alhamdulillah . belajar dan belajar sampai dapat . bila dah nak malam baru kami balik . dah hasil yang dapat time tu , memang semangat dah naik balik . suka je haa 
28 ogos 2012 
alhamdulillah finally , i got my own license :)
dah macam oh sangat lah awesome dan melegakan 
yaa . lepas nie boleh itu dan ini dan ini dengan sendiri
dan yang paling tak sangka bila dapat jugak lesen moto :D
yeahh ! segala usaha sangat berbaloi bila dapat semua nie
alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari