= ceritasayastory.blogspot.com: October 2012 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

abanggg ! aurat tuuuu

assalamualaikum semuaaa
apa khabarr ? sihat dop ? dah makan belum ? whatt ? belum lagi ? ehem . takpe , sila tinggalkan contact num awak , nanti kita belanja okayyy :P
baru siap study , rindu pulak blog . ehem . now , time for membebel . wuhuuu ^.^
ok . tadi online ym kejap . like usual , ada lah yang ajak web cam . dan yeah !
MINTA MAAF YE , SYAFIQAH ZUHARI TAK MINAT NAK BER WC -_-
jangan ajak , dan kena reject jangan marah ye . me tak suka ok . me suka reject2 except awak tu perempuan . boleh je , errrr kenapa tak nak dengan lelaki ? lesbian ker ? uiks ! mulutttt . cubit kang , nauzubillah . mintak jauhhhhh , so my reason is ahaaa 

- bajet comel lah . segan orang tengok ! HAHAHAHA :P

- dilahirkan sebagai seorang pemalu , nak2 lagi nak ber wc dengan lelaki . agak ok ! malu . segan . dia tu siapa nak wc kan ? reject ahhh . tak sukaa -_-

- sometimes kalau terrrrtekan "accept" , rasa nak pengsan bila tengok that boy tak berbaju . fuhh . kusss semangattt . hellooo ! awak fikir seksi ke macam gitu ? ingat syafiqah zuhari tergoda eh ? ehh ? ehhh ? pftttt . malu ahhh . segan tengok . please , kau bukan muhrim , dah tau nak berwc pun pakai lah baju . tu pun aurat lah . selalu nya kalau situasi macam gini , tangan kita akan jadi kalut , then tak sampai 1 second , laptop kita akan off . hehe 

* ia menjadi seperti "kejutan" sedikit ok . please lah incik abang sekalian , saya mewakili rakan2 saya yang lain sebenarnya kami tak suka atau dalam kata lain segera tundukkan pandangan kami bila ada lelaki yang "seksi" -_-
ya  kadang2 bila tengah makan kat kedai , ada lelaki yang datang beli makanan pakai seluar paras peha dia . time tu , malu je terpandang . nak makan pun tak selesa . dah la ramai orang . tak malu ker ? anda pakai seluar pendek pun , bila nampak lutut dah berdosa tau takk . nie dah awak tak betul , macam mana nak diidk isteri till jannah bagai . hmm . take note la . fikirkan ye

dan ok . dah out from topic dah . hehe . okla . actually ada sebab kenapa tak suka wc sampai sekarang . hm . kenapa ? sebab kita takut . kenapa kita takut ? ehem next time lah kita story eh . nak makan coklat Dove ngan kacang pista ataupun pistachios yang beli dekat 7E tadi nie . sodappp , makan sorang2 lagi la rasa super duper sodappp . hehehe :P
eh ! ehh ! kejap2 . ehemm , kawan kita kannn , baru je buat blog , jemput datang bertandang ke blog beliau yee . nanti kat sana beliau akan sediakan air kopi panas ngan goreng pisang bagai sebagai tanda penghargaan lawat blog dia . hehe :P
so . lets bebeh , bagi tanda sokongan buat orang baru . wuhuu . dah bajet pro sangat pulak dahh . hehe

http://aminnamasebenar.blogspot.com/

ok the end . terima kasihhhhh 

take note ye

assalamualaikum
kita bosan . dan ok . kita blogwalking . hmm tapi dah blogwalking yang boleh buat mood kita lari bila blog yang kita jelajah tu tak kita suka . eh ! eh ! bukan nak kata blog kita perfect pun cuma tadi kita ada laa blogwalking dekat satu blog sebab nak hilangkan rasa bosan . blog tu rasa nya dah lama dia buat sebab dari 2010 lagi tapi followers tak ramai . bagi kita , bukan apa , blog tu agak berserabut . hmm . kita nak je cakap dekat tuan blog tapi susah jugak sebab tade shoutbox atau apa2 pun yang boleh contact dia -_-

dan first things yang buat kita tak suka bila kamu buat words yang ikut belakang anak panah tu . bila kita gerak kan cursor awak , ada ayat2 yang ikut . pfttt . pening laa -..-
kalau ayat tu pendek tape la tapi kalau dah ayat panjang macam gini 
sayasedihsebabtakbolehnakbalikrayahaji
 pening kepala eden tengok beliau duk berputar2 atas skrin . nak baca entri pun menganggu pandangan mata je . takpe2 . maybe awak nak kasi blog awak tu cun melecun kan . saya pun sama , bila tengok tutorial blog , macam2 nak buat sebab nak nampak gempak tapi fikir balik la . kadang2 benda yang gempak pun boleh jadi serabut jugak tau takkkk -.-'

dan kedua , kalau awak ada music box , bagi saya itu takpe sebab saya suka dengar lagu bila layan memane blog . so , tak heran la kalau kadang2 saya bukak blog memane blogger sebab nak dengar lagu febret jee :P

dan yaa , kadang2 sangat annoying ye bila bukak je blog , awak cerita perihal makwe , pakwe , cinta hati awak je . dan serius . saya tak akan follow memane blog yang asyik bercerita bagaimana "indah" nya couple nie . sebab kadang2 yang tulis hanya budak2 sekolah . come on lah adik2 , apa yang syok ? kamu tengah kapel , zaman sekolah 1% pun tak tentu awak akan kahwin dengan dia lah . tu baru form 3 . hmm . bedasarkan pengalaman tengok mana2 kawan yang kapel sejak dari sekolah , tak pernah kekal . seee . buang masa lah ! =..=
tapi tapii kalau dah pasangan berkahwin , yang asyik cerita pasal kisah dorang , dah macam sweet jee . muahaha . membuatkan eden punn tak sabar nak kahwin haaa :P
dan yeahh ! saya akan follow jeee ^.^

dan for the last bila background blog tu ada yang tak kena , memang kita tak akan follow terus la . dan ok . secara jujur , kita mengaku yang kita ada masalah rabun jauh 
*biasa la budak study , kan dah rabun sebab ngadap buku je kannn . hehe 
so , bila bukak blog , warna tulisan dia sama dengan warna background dia , memang lah sakit mata nak baca tau takkk !
tak paham ye ? haa ! macam nie haa
sampai hari ni saya ingatkan awak tau tak -_-
seee ! boleh faham doppp ? muahaha . sakit mata kann ? hmm baca tu memang la boleh tapi dah bila semua entri awak buat macam gitu , sakit mata lah nak baca 

dan okay , apa saya tulis bukan saja . tak akan ditulis kalau tak nampak kan . sebab nampak dan dah rasa , sebab tu munculnya entri sebegini -..-

selamat hari raya

assalamualaikum
harini dah raya . selamat hari rayaaaa ^.^
menu makan pagi sepanjang hari nie , roti butterscotch dengan sekotak air . hmm kawan2 makan megi tapi kita telan roti je haa . malas la nak makan megi . nak exam dah . walau lapar . telan je roti banyak2 -_-
harini hari raya . mood nak study memang OUT terus 
tade apa yang boleh buat . tadi puan mama call , err dan ok . dekat rumah sangatlah bising . semua ada except kita je . takpe2 . korbankan masa sikit je . kata kawan . moga apa yang dikorbankan hari nie mendapat keredhaan Allah . insyallah kann :)
dan yaa . harini asyik kena "ceramah" je . bukan nak mengeluh tapi agak bosan sebab orang tu anggap kita nie tak tahu apa2 . bosan tau takkk . dah la time macam gini . boleh pulak dia nasihat entah apa2 . dan ya ! kita bosan , bosan dan bosan . hmm

ini baru pengorbanan kann

assalamualaikum
selamat hari raya korban ^.^
kita takleh balik tapi takpe la . raya kat batu caves pun ok rasa nya kot *ayat nak sedapkan hati -_-
tadi puan mama siap text ayat2 yang tangkap leleh . memang la , dia nak je kita balik tapi nak buat macam mana , kalau raya tu penting , lagi penting final exam kann . so , apa2 hal kena lah banyak sabar . yup . wat lex je haa . karang dah habis final . boleh jugak balik 
*even lambat dan daging korban maybe dah habis . wuuu :'(
dan okay2 . sabar jela kan . esok plan tatau nak buatpe . tatau nak pegi mana tapi rasa nya lepak dengan kawan2 yang senasib jela . tapi yang risau , esok memang susah nak cari makan . jawab nya , cari makan dekat 7E jelah . hehe . harini pun taman perumahan nie dah senyap sunyi . semua penghuni taman dah balik kampung dan yaa . nie la baru nama pengorbanan kann
dan sekian , salam maaf dari saya , tuan blog 

# suka nya bila dia yang kita ingat tetibe text . ehemm :')

HACKS :'(

assalamualaikum

ehem dear awak 

macam saya cakap , next week saya final . alhamdulillah saya dah study , tapi nak kasi lebih ingat , kena lebih study kannn . harini , malam nie rasa macam malas pulak -_-
sekarang saya tengah blogwalking sambil makan sugus >.< 
awakk ! makan cokelat nie tak kenyang2 pun kann . grrr . dah dua flavour saya makan . satu perisa laici (nie kawan yang suggest suruh try dan rasa nyaa wuhuuu BEST ! hahaha :P)
lagi satu makan perisa blackcurrant . yang nie best . bila masuk dalam mulut , terus kunyah tanpa rasa feel nak kemam . huu . yang penting , saya rasa gigi saya dah nak rongok sebab harini makan banyak sangat sweets . ehem , patut la saya agak hyper je harini . harini banyak saya gelak . gelak dan gelak sampai jadi perhatian . ye ! saya nampak dia tengok saya dari jauh . dan saya errrr errr hmmm SUKAAA ! hehe :P
dan harini . saya banyak dengar lagu nie haa "HACKS"

hanya aku cinta kau seorang 

tak tahu kenapa tapi saya tangkap layan dengar lagu nie . hmm . dengan tetibe -_-
dan yaa , dengar dan dengar .sampai saya terdiam . maybe . saya ingat awak kan :(
awak tahu ? benda nie macam bodoh . awak ke kiri , saya ke kanan , haluan dah tak sama
tapi dengan tetibe saya boleh ingat benda lama . perasaan nie menganggu tau takkk ! saya dah cukup2 bahagia dengan cara saya . kenapa persaan macam gini menganggu haa ? ok ! dah macam annoying sebab benda macam nie pun saya buat entri kann . apa nie ? apa yang dah saya tulis ? dah tak cool dah tetibe jiwang macam gini . tapi kata kawan saya

"kita manusia , ada hak nak luahkan apa2 pun"

dan see , nie yang saya nak luahkan . hmm 

you lazy , you lost

assalamualaikum
ehemm . hari yang baik . pss ! malam nie ada bola . jyeahhh . kelantan lawan atm . ahakss ! tapi kan entri kali nie bukan nak cerita pasal bola pun . apa2 pun even tak cerita . red warrior tetap di hati okayy ^.^
dan yaa . harini rasa nya sangat teruk yee sebab sangat2 lapar . wuuu . seksa nya hidup bila lambat makan . nasib tak sakit . hmm . bila pegi kedai makan , amek kau , banyak order . makan kejap je sebab lapar tapi lepak kat kedai je yang lama . bila bunyi guruh , baru bangun dari kerusi pegi bayar . kot2 hujan , naye lah kann . dah la balik kolej semalam pun time hujan . abis basah baju eden . seksi yaww . HAHAHA :P
okayy , actually tade benda nak update pun , cuma nak copy paste benda nie je sebab I know ramai je kaum hawa yang drive kete kann . actually , benda macam gini memang penah jadi dekat orang2 sekeliling la sebab tu I take serius . saja nak share . mengelak lebih baik kann

Most of the cases we've seen being reported in the media and social networks these days regarding the 'Smash & Grab' activities in the city have everyone on edge and living in fear. However, after going through numerous accounts - we at VenusBuzz.com realise that many of the incidents could have been avoided if a few precautionary measures were taken by the victims.

First of all, we're going to equip you with a phrase that you should have at the top of your head at all time in these dangerous times:

1. The next time you think, "Aiyah, lazy lah to hide my handbag..it's just 5 minutes away"  - think if you're going to be OK with losing your handphone, your wallet, your credit cards, all your money, your broken car window, and other damages just because you were too lazy to hide your bag properly. You lazy, you lose. If you're not willing to lose the goods, take those extra 5 minutes to keep everything in check.
Try putting your (driver) seatbelt through your handbag handles so that your bag rests under your arm. This will make it slightly more difficult for the robbers to make a quicker escape.
These days, we have even opted to occasionally keeping our handbags in the boot along with our laptop bags just as an extra precautionary step. Just make sure to have your phone and wallet with you in the car, and keep them well hidden.

2. Always be aware of what's going on around you - leaving your house, while driving, at the traffic light, when you get out of the car. Take note of the people around you, of motorcyclists who pass by and are looking in to the car. When you're at the traffic light, keep looking at your rearview mirror for suspicious looking people (especially those who have pillion riders, and are using full-covered reflective helmets that cover their face). Which brings us to point number 3.

3. Do not stop too close to the car in front of you at a traffic light, ensure that you leave a big enough space in between so that you have room to manoeuvre in the event someone tries to break your windows. Police have said that these perpetrators usually target the 3rd or 4th car in line as they are unable to escape.
Honk loudly and try to get as much attention as you can so other drivers are aware of what's happening.

4. Also, put your phone away. Your Twitter/Facebook/Instagram buddies can wait, what's important is your safety and that you arrive at your destination. Think about it; if your phone gets stolen, you'll have to wait even longer to update everybody...how can!?

5. So you notice a suspicious character following you, or making rude gestures and swearing at you from outside the car for no apparent reason  - what do you do? Do not slow down, do not stop! Never ever ever stop, especially if you're on your own or even with friends around - he may have more friends waiting to attack too. Whatever it is, take a route without traffic lights and stay on busy, bright roads.
Stay calm, but always have the perpetrator in view so you know if he's still following you. Drive straight to a police station, don't get out of the car - just honk loudly until you have people around you and aware of what's going on.

6. Never drive home if you're being followed! You'll be putting you and your family in jeopardy, and there is no possible way of escaping. If you have an automated gate, it will take too long to shut and by then the perpetrators could be at your neck with a parang already. What's even worse is that once they know what's available in your house and who the occupants are, they can always return with reinforcements.

7. It's important to equip yourself before a crime happensso that you are aware of the steps that you need to take - that extra 1 second could save your life. Save these numbers on your phone now, which go directly to the Police call response centre: Kuala Lumpur (03-2115 9999), Selangor (03-2052 9999), Bukit Aman (03-2031 9999) and download the MyDistress app. Don't bother downloading it only after you've been attacked, it would just be faster to call then as you'd need to register.

What we're trying to say is, do not be a victim of your own carelessness. Opportunists and criminals exist in all parts of the world, not just in Malaysia. It does pay to be a bit more alert and aware of your surroundings at all times. Remember; you lazy, you lose!

dunia sekaranggg

assalamualaikum
hari yang memenatkan . dekat kolej harini punya la ramai sebab ada futsal event , beberapa orang artis yang me tak minat pun turut ada . macam2 show ada tadi . semua tajaan air revive , memang patut ramai yang pakai baju kaler biru harini . tapi okay , tak join pun sebab me pakai baju hijau tadi . muahaha . di sebabkan terlampau ramai sangat orang , kafe kolej jadi sesak . nasib tade trafic light je tadi . hmm , annoying je haa , nak makan punn taklehh . lapar sangat lah tadi . dah la ada kuiz , tak makan pulak . tapi yeahh ! budak bijak *ye , agak perasan , sila skip bacaan anda . huu . nie boleh jawab , okla mark yang dapat . tade la kiciwa sangat pun . am i good right ? ehemm . dah perasan dah . harini , banyak yang belajar . pasal dunia akhirat . bila ingat balik nak je mati awal2 sebab tak sanggup nak hadapi dunia sekarang . kata orang , dah macam zaman jahiliah pun ada jugak . tapi tu la . macam2 boleh jadi sekarang . buat perempuan , banyak nak kena jaga . dan yeah , betul miss cakap , couple sekarang pun menakutkan je . alhamdulillah sebab sampai sekarang pintu hati me dah tutup untuk berkapel2 dah . ahakss ! seeee ! am i good kannn ? :P
dan yaa , zaman sekarang dah berubah ker ? bukan apa , bila nak balik rumah , me memang kena lalu dekat playground dulu . memang ramai budak2 tengah main . incik2 abang yang tengah lepak pun ramai . time lalu tadi , ada seorang budak lelaki , budak sekolah menengah laa tengah main bola sepak dengan kawan2 dia , bila me nak lalu , dorang stop kejap main sambil says this word
"akak , sila lalu dulu kak"
dan me ? uhukkk ! rasa dah macam tuaa dahh . HAHAHA . yelaa , bila duduk sini , mana ada orang panggil kakak . wuu . ingat pulak adik2 . heee ^.^
bila lalu rasa macam ececece , di respect jee . bagus je budak2 tu
yang tak bagus bila me lalu jugak , ada budak kecik . lelaki yang melaung2 this word
"kakak tudung hijau tu , phewitt , paling la sini"
dan me ? zzzzz . wei laa . salah didikan betul budak nie -.-'
kecik2 dah pandai usha orang kann . hmmm , dunia2 

takde idea nak letak tajuk

assalamualaikum

ke hadapan semua lecturer yang mengajar untuk sem nie , saya , sebagai student yang belajar ala kadar nak mintak ampun dan maaf sebab tak pernah nak bersungguh except time ada quiz atau bila miss atau sir nak satu presentation yang bombastic , baru la saya akan bersungguh . teruk kan student macam saya nie ? sebenarnya , tujuan saya "menulis" surat ini sebab saya rasa kecewa dengan diri sendiri . hari tu kan ada present , kena buat mock teaching , tapi saya tahu saya buat main2 , ntah , maybe sebab sir dan miss baik sangat pun tapi takde la sampai saya nak pijak kepala cuma nak buat yang terbaik macam the others class memang takleh . saya mintak maaf . saya tahu , dah macam "pilih kasih" jugak . saya sibuk tumpukan perhatian dan nak buat yang terbaik untuk presentation subjek lain , class lain sebab yang lain2 semua lecturer tegas , dah class sir dengan miss ok , saya buat endah tak endah . saya mintak maaf . memang , group saya dah janji nak buat yang terbaik tapi lain yang dirancang , lain pulak yang jadi . semua kacau bilau . haritu , saya malu nak pandang muka sir sebab saya tahu saya dah kecewakan sir , memang , tipu la saya cakap kalau saya tak tahu semua yang dibuat akan mempengaruhi carry mark saya , tapi saya tetap buat ala-ala kadar je . hmm -.-
memang , betul cakap sir tadi , apa2 tugasan kumpulan , ahli kumpulan sangat la penting tapi sebenarnya , kami semua takde masa nak discuss , pernah sampai gaduh2 , sir pun tahu dan sir pun dah nasihat , adat la , sekarang belajar , dah macam nie , kalau tak tahan , macam mana nak kerja esok2 kan ? bila fikir balik , memang betul . setiap sem akan jumpa yang baik dan tak baik , semua tu adat hidup kan . hmm . hari nie , saya sangat kecewa dengan diri sendiri . dah lama saya belajar , tak lama lagi dah nak habis , beberapa minggu dari sekarang dah nak masuk sem baru tapi saya tetap macam nie . tak boleh nak banggakan sangat . betul , rasa kecewa sangat dengan diri saya . tadi bincang pasal muet , mak aii , serabut sangat otak fikir , memang , apa2 kita buat pasti ada dugaan kan ? sir , miss , otak saya penat sangat 2,3 harini . rasa macam nak start semua dari bawah . andai la saya mampu kann -.-
masa tu sangat berharga kan ? saya nak jadi yang terbaik , saya tak nak bila saya graduate , saya tade apa2 , saya nak jadi seorang pelajar yang berkualiti . saya nak sangat buat yang terbaik . tak pernah saya rasa down macam nie . rasa nak tidur taknak bangun2 dah . zaman sekarang zaman yang menakutkan . kalau kita tak kuat . dah tade apa2 untuk kita kan . apa2 pun saya kena kuat kann . untuk diri sendiri . hmm

ikhlas,
pelajar yang  rasa sangat down harini

korea . korea . korea -,-'

assalamualaikum
ehemm . mood dah baik dahh . selipar ? tak jumpa lagi . hmm takpe la . saya rela lepaskan awak . tu makna nya dah takde jodoh antara kita . setahun bersama cukuplah kann :P
HAHAHA . okayy . gedik je . tak sangka entri tu dapat sambutan . terkejut eden bila bukak blog tadi ramai komen . hmm . thanks ya ! sayang super duper lah ^.^
okayy . harini banyak yang jadi . tadi kelas pukul 2 , but well , as usual , 5 minit sebelum nak pukul 2 , baru sampai kolej . hehe . dah sampai kolej tapi kawan ada text mintak jangan masuk kelas harini . dan me ? ohhh . apa pulakkk . kalau tadi tak masuk kelas jugak , dah kira cukup 3 kali la ponteng without any reason . hmm . tamo2 la macam tuu sebab kat kolej nie , dah ponteng kelas 3 kali tanpa exuse letter , silap haribulan , kita dapat love letter pulak -..-
err tape , maybe ada orang suka dapat "love" letter tu tapi bukan saya . hehe . omaigod . mintak jauh la kan , dah dapat "love" letter tu , rosak markah for final exam tauu . hmm . so , taknak cari padah lagipun tak nak la cipta sejarah dapat warning love letter :P
tapi sebab kan kena kumpul dengan group member tadi , terrrrpaksa la skip clas tapi dalam hati memang risau lahh . takut dapat that surat la . errr dah nak buat macam mana kan .
begini kisah nyaa . hehe . one of my subject nie ada presentation tau . kami kena present about culture show . I mean budaya orang luar la . kami dibenarkan pilih mana2 negara as long jangan pilih malaysia je . pilih punya pilih . the first ingat nak pilih negara arab sebab senang je nak dapat baju . yelaa . dah nama kolej islam . memang sah2 la ada baju jubah , just pakai that baju la kan tapiii bila nak cakap negara tuu , ada awal2 lagi other group dah chop tau . hmm *merana kejap . second , nak pilih jepun tapi ada orang lain ambil dah *merana lagi third nak pilih indonesia tapi punn  ada yang ambil jugak *bukan setakat merana,dah meratapi terus :P
last2 group kami dah last , discuss punya bincang . dah decide nak buat pasal negara korea . yaa . muahaha , memang excited la kan siapa2 yang minat korea tu -..-
you know , kami kena cari semuaa pasal korea , baju dorang , bahasa dorang , lagu dorang . then nak kena hafal dan praktis for get full mark . yelaa . dah last presentation before exam kan . nak la berebut dapat full mark jugak . dapat ker tidak wallhualam *please sama2 tadah tangan dan doa ehh :') the real , orang cakap , most awak girl nie suka sangat dengan korea . for me , setakat tengok dah la . nak minat memang tak *yaa,me memang tade minat dekat siapa2 okay
tu pasal bila kawan mintak hafal then try cakap bahasa korea , habis berbelit2 lidahh . wuhuuu . tak awesome langsung . arab lagi senang nak belajar dari korea okay -,-'
tu tak masuk dengan cara tarian tradisional dorang . makkkk . lenguh kaki . if you know la kan , tarian tradisional dorang nie dorang gunakan kipas tangan tu haa . then bila menari , kita kena bukak tutup kipas tangan tuu tapi yang me punya kipas , sampai sekarang rasa fail . bukan apa , bila kipas kawan2 lain dah terbukak , me punya tak bukak2 jugak . hmmm -..-
stress tauu . kipas orang lain bukak dari atas , kipas kita terbukak dari bawah . acaner boleh jadi macam tu ehh ? walhal kipas sama2 jenis jee . pandai la kipas tu . dah tahu kita tak minat korea , boleh pulak dia buat hal . grrrrr . sabar la banyak2 . dah laa ada 3 jenis tarian nak kena joget esok . ahaksss ! pasnie boleh jadi penari la pulak . muahaha . seee ! bakal cikgu nie boleh buat macam2 okayyy ^.^
dan yaa , penat , setelah berminggu2 praktis . demi present negara korea . esok harap nya semua setel . insyallah :)

# clas tadi start pukul 2 , tapi dah abis kelas , keje prakits2 nie semua setel  baru kami pegi kolej balik . hmm . bila jumpa kawan sekelas , dia cakap nasib baik tak datang clas pukul 2 sebab madam postpone . dan me ? jyeahhhh ! alhamdulillah , kami tak dikira ponteng la tadi . ahakss ! Allah bantu kami . alhamdulillah . sangat awesome nak2 lagi hampir nak excident bila lintas jalan sebab nak cepat tadi . err . nasib owner kereta myvi kaler oren tu berhenti tadi , kalau tak . . .  makan ikut wayar la jawab nyaa . huhu

agak2 buat report , kes nie diterima ke kena reject terus ehhh ?

assalamualaikum
ahaaa , jangan tegur . not in the mood la . hmm nak tanya niee , agak2 kalau report this case dekat abang polis , abang polis layan ker tak haa ? hmm . layan ker tak nie ? -..-
okayy . series . selipar kita hilang . AGAIN ! -..-
okayy , before continue study setahun yang lepas , bila tengah beli barang2 nak bawak datang sini . kita ada beli selipar jepun . hihi . haa . dekat tesco kota bharu . muahaha
kaler hitam , harga dia cuma RM 2.50 jee . ahakss ! cun tak ? bagus tak ? sampai harini ingat
taktahu kenapa tapi selipar tu yang sayang . orang sibuk nak cari yang mahal2 , kita setia dengan nan satu tu jee . muahaha . setia kan kita ? jom la kapel :P
okay , ingat jugak bila stay dekat hostel dulu , ada2 je kawan nak pinjam that selipar . haihh . yang kecik2 saiz kita pun , boleh jadi besar ikut kaki kawan tu . grrrr . tapi takpe , setia pun pasal . still aje simpan . okay the end sampai situ 
sekarang dah pindah duduk rumah sewa . okay , ingat dapat la bersama jee dengan that selipar . ingat selamat je tapi aihhhh ada jugakk yang minat -.-'
dah rasa apa laa nasib selipar tu , haritu dah hilang , kita beli yang baru . tapi tak sampai 2 hari , selipar tu jalan balik rumah nie . hehe . dan yeah ! dapat guna balik . selipar yang baru ditinggalkan je . seee ! memang setia kannn ? ahakss ! :P
sekarang yang paling hangin . harini . tarikh nie , both of my selipar hilang . grrrr geram toksah cakap la . bila tanya orang rumah semua cakap
"kitorang taktahu la ika"
huuuu . syahdu betol rasa tau takkk . beli satu , hilang , beli dua hilang , beli2 pun hilang jugak . semua selipar jepun jelaaa . tak sampai rm5 . pun minat jugak kerrr ? -..-
bila mengadu dekat kawan , kawan boleh cakap
"ambil letak dalam bilik jela ika"
dan me ? alahaii , selipar jepun je la . patut ker buat sampai macam tu ? -.-'
dan yaa , dah macam angau . nak keluar pun tak best sebab tade selipar tu . tadi keluar pun ada orang yang mintak pakai selipar dia dan bila dah pinjam , sampai sekarang sakit kaki . hmm , selipar dia dah la ada blink2 dah tu kecik nak2 lagi tapak selipar tu keras . bengkak kaki eden . wuuuu . syahduu
abang polisss . agak2 buat report , kes nie diterima ke kena reject terus ehhh ? hmm

mulia nyaa sikap beliau

assalamualaikum
alhamdulillah , kuiz dah lepas , presentation pun dah lepas . ahakss ! cuma tinggal satu je lagi yang nak kena present . hmm , present about korea . all about korea . dan ya , me kadang2 je ngadap cite korea tu . actually , sangat la berbelit lidah bila nak cakap bahasa mereka kann
*hmmm , dah tak minat , memang la susah kann -..-
the real is tak semua pompuan minat cerita korea okay -.-'
btw , fullstop . tu je nak cerita . muahaha . okay . tadi me ada online . ada la sorang yang tanya
"siapakah wanita pertama yang masuk syurga?"
dan me ? Masya Allah , siapa ehhh ? teruk nyaa . dah lupa dahh , yaa , penah belajar tapi tak ingat . see ! budak kolej islam pun still banyak lagi nak kena belajar . hmm . kerdil betol rasa . btw , kamu tahu ? baikkk . kalau tahu alhamdulillah , nanti contact kita ehh , kita share ilmu sama2 ^.^ 
dann bila ditanya , banyak jawapan yang dapat tapi the real ini la jawapan yang betul . nie pun copy paste je . nak share dengan semua , moga bermanfaat

Suatu ketika, Fatimah bertanya kepada Rasullulah. Siapakah perempuan yang kelak pertama kali masuk syurga? Rasullulah menjawab," Dia adalah seorang wanita yang bernama Mutiah." 

Fatimah Terkejut . Ternyata bukan dirinya ,seperti yang dibayangkannya. Mengapa justeru orang lain, padahal dia adalah puteri Rasullulah sendiri? Maka timbullah keinginan Fatimah untuk mengetahui siapakah gerangan perempuan itu? Dan apakah yang telah dibuatnya hingga dia mendapat penghormatan yang begitu tinggi? 

Setelah meminta izin kepada suaminya, Ali bin Abi Talib. Fatimah pun berangkat mencari rumah kediaman Mutiah. Puteranya yang masih kecil bernama Hassan diajak ikut serta . Ketika tiba di rumah Mutiah , Fatimah mengetuk pintu seraya memberi salam: "Assalammualikum...!
"Walaikummusalam! Siapa di luar?" terdengar jawapan yang lemah-lembut dari dalam rumah. Suaranya cerah dan merdu. 
"Saya Fatimah , puteri Rasullulah,"sahut fatimah kembali. 

"Alhamdulilah, alangkah bahagia saya hari ini Fatimah , puteri Rasullulah, sudi berkunjung ke rumah saya," terdengar kembali jawapan dari dalam . 
"Sendirian , Fatimah,"tanya perempuan seraya membukakan pintu. 
"Aku ditemani Hassan,"jawap Fatimah. 
"Aduh, maaf ya,"kata Mutiah, suaranya terdengar menyesal . "Saya belum mendapat izin dari suami saya untuk menerima tetamu lelaki." 
"Tapi Hassan masih kecil?"jelas Fatimah. 
"Meskipun kecil, Hassan adalah seorang lelaki. Esok sahaja anda datang lagi,ya?, saya akan minta izin dulu kepada suami saya,"kata Mutiah dengan menyesal . 
Sambil menggeleng-gelengkan kepala , Fatimah minta izin kembali pulang. 

Esoknya , Fatimah datang lagi ke rumah Mutiah, kali ini dia ditemani oleh Hassan dan Hussain . Mereka bertiga mendatangi ke rumah Mutiah. Setelah memberi salam dan dijawab dengan gembira, Mutiah yang masih berada dalam rumah bertanya :
"Kau masih ditemani oleh Hassan , Fatimah? Suami saya sudah memberi izin." 
"Ya , juga ditemani oleh Husain,"jawab Fatimah . 
"Ha? Kenapa kelmarin tidak bilang?Yang dapat izin cuma Hassan, dan Husain belum. Saya terpaksa tidak boleh menerimanya juga,"dengan perasaaan menyesal, Mutiah kali ini juga menolak. 


Hari itu, Fatimah gagal lagi bertemu dengan Mutiah. 
Keesokkan harinya Fatimah kembali lagi mereka disambut baik oleh perempuan itu dirumahnya. 
Keadaan rumah Mutiah sangat sederhana tidak ada satu pun perabot mewah menghiasai rumah itu. namun, semua tersusun rapi. 

"Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk dengan tenang , sebab saya harus menyiapkan makanan buat suami saya,"kata Mutiah sambil mundar-mandir dari dapur ke ruang tetamu. 

Menjelang tengahari, masakan itu sudah siap semuanya. Kemudian diletakkan di atas tilam. Mutiah mengambil cambuk,yang juga diletakkan di atas tilam. 
"Suamimu bekerja dimana?"tanya Fatimah . 
"Di ladang,"jawab Mutiah. 
"Pengembala?,"tanya Fatimah lagi. 
"Bukan ,bercucuk tanam." 
"Tapi mengapa kamu bawakan cambuk?' 
"Oh,itu? sahut Mutiah dengan senyuman."cambuk itu kusediakan untuk keperluan lain. Maksudnya begini kalau suami saya sedang makan, lalu kutanyakan apakah masakan saya sedap atau tidak? Kalau dia mengatakan sedap, maka tidak akan terjadi apa-apa. Tetapi kalau dia kata tidak sedap cambuk itu saya berikan kepadanya agar punggung saya dicambuknya, sebab bererti saya tidak melayani suami dan menyenangkan hatinya. "

"Apakah itu kehendak suamimu?,"tanya Fatimah kehairanan . 
"Oh, bukan! Suami saya adalah seorang yang penuh kasih sayang. Ini semua adalah kehendakku sendiri , agar aku jangan sampai menjadi isteri yang derhaka kepada suami." 
Mendengar penjelasan itu, Fatimah mengeleng-gelengkan kepala . Kemudian dia meminta diri untuk pulang. 

"Memang layaklah kalau Mutiah kelak menjadi seorang perempuan yang pertama kali masuk syurga,"kata Fatimah dalam hati,di dalam perjalanan pulang. "Dia berbakti kepada suami dengan tulus . Perilaku kesetiaan macam itu bukanlah lambang perhambaan wanita oleh kaum lelaki . Tetapi , merupakan cermin bagi cinta ketulusan dan pengorbanan kaum wanita yang harus dihargai . 

Petikan : 
Himpunan Kisah Para Sufi 
Halaman 139-140 .
Karangan Muhammad Ibrahim Salim

subhanallah , mulia nyaa sikap beliau kan . memang tak mampu nak contohi beliau , tapi insyallah sedikit dari yang di tunjukkan boleh jugak nak praktis . hmm . untung suami beliau kan , nak bandingkan dengan orang sekarang sangat2 jauh beza . kerdill je rasa kann -.-

mintak maaf "kawan"

assalamualaikum
kawan2 , kata kawan , dalam setahun , beberapa kali je contact kan ?
jangan marah , jangan cakap banyak , jangan tanya banyak bila awak datang balik , bila awak contact balik , saya akan ulang2 tanya ayat dan soalan
"awak siapa ? saya tak kenal la"
tapi the real macam tu la , part kawan , saya pun mudah sensitif , once awak tak contact , saya akan delete contact num awak nak2 lagi saya tahu yang awak akan datang bila rasa susah je ,
yaaa , memang penah jugak ada some of you perli
"kenapa tak save num saya ? bukan kena bayar pun"
HAHAHAHA . cakap memang pandai ! sorry , tak guna hargai , tak guna ingat orang yang sombong dengan kita la . awak pegi , tak saya menyesal la , awak buat salah , awak terasa , awak datang cari tapi dah rasa okay , dah rasa bahagia , awak takde pun contact
kawan ke macam tu ? tak la , sakit la rasa , part nak marah , cepat je awak hembur
kawan , siapa tak ingat siapa ha ? :'(
kalau tak pandai nak tunai janji , awal2 lagi jangan la cuba nak berjanji 

jomm ! tambah ilmu di dada :)

assalamualaikum
tadi kann , kita tengah rest then jumpa this blog , alhamdulillah , banyak sangat manfaat yang dapat . kata orang , kahwin muda sekarang dah macam trend . takpe . tu kan baik , elak dosa , alhamdulillah la tapi err nak kahwin pun kena pilih pasangan yang baik jugak kan ? yupp , memang , betul , bercinta lepas kahwin sangat indah tapi er haa baca la sendiri :P

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.


haaa , nie sikit je pasal part kahwin , nak baca lagi kat sini pun bolehh


ada je lagi part lain , yang lain2 boleh la jenguk blog , insyallah , banyak manfaat nya ^.^
yupp , benda yang baik kena la sebarkan kann :)
sila jenguk untuk banyak lagi info :D


pss ! maybe ada yang dah tau siapa owner blog ini , kali nie kita boleh je jenguk blog nie , hari2 punn boleh , banyak manfaat 

terima kasih again ^.^

assalamualaikum
hari yang indah , buat jadi ceria . muahaha 
okayy , hari nie bila on fb , bila on itu dan bila on ini still jugak ada yang wish bufday . tu diaa . terharuuuu . HAHAHA . ada lagi yang wish :P
terima kasih plus sayang super duper lah buat semua ! :')
okayy , taknak cakap banyak , just nak cakap , minggu nie minggu busy yaa
ada banyak presentation nak kena buat . hmm , minggu nie macam minggu jadi artis tauu sebab asyik kena buat role play je . hehe . siapa cakap bakal cikgu tak layak nak jadi artis jugak ? haha , kami pun selalu je berlakon apaaa . huhu . even berlakon pasal budak2 pun okay laa . tak semua mampu buat okayy , so I am the good right ? hikhik :P
yee , boleh laa , menyanyi pass dah , berlakon pass jugak . pendek kata , semua berkebolehan lahh ! HAHA . okay . riak -..-
btw , dah tinggal tak sampai 3 minggu nak start final exam . makin banyak kena buat . bak kata kawan baik
"sabarlah , biasala kita belajar"
dan me ? yaa , kita belajar , dah jauh kita pergi , nak tak nak kena pandang depan . usaha tangga kejayaan okayy ! err ehh kena pakai tangga eh kalau nak berjaya ? hehe , yela kot pasal jarang benar me guna lif bila nak ke kelas , kelas yang duk kat tingkat 3 punn sanggup naik tangga lagi tak kira dah lewat atau datang awal ke kelas . hmm bagus kann ? :P
tatau , guna lif macam lambat plus buang masa sebab tak selalu bila tekan lif tu , lif terbukak terus , kadang2 siap main lari2 bagai punnn lif tak bukak2 jugak , so adalah lebih baik naik tangga , eksesais kann , bagus apaa ^.^
dan yaa , tu laa tips yang dibuat bagi kekal kan slim di badan , chewahhh ~ dah gedik dah . hehe , btw yaa , guna lah tangga ya , anda pasti tak menyesal :P

yeahh ! dah cukup umur dahh

assalamualaikum
alhamdulillah , mamaaa . anak sulung mama dah besar gedabak dah niee , dah cukup umur dahh , dah boleh itu dan boleh ini , nak mengundi jee yang tak pass lagi , hehe :P
dan yaa , terima kasih pakwe2 , makwe2 yang wish selama 2 hari . hikhokk . ramai je pakwe , makwe kita kan . yeahh ! memang tak setia kannn . hmm :P
takpe laa , tak setia pun takpee , ramai je sayang ! HAHA . tu diaa , kasi cubit sikit ! ngade je haa , btw yaa , terima kasih yaa kawan2 semua . i love you super duper . yang bagi wish berploh2 kali pun ada . err takpe laa , terima je semua , janji ingat kann , kalau takkk . . . tetttt
hmm makan diaa :P
dan yaa , tahun nie paling2 yang hebat , tak ternilai kasih sayang orang2 yang text tadi . senyum sampai ke pipi haa dan yang paling awesome bila dapat last call , tetiba ada yang nyanyikan lagu birthday . tu diaa , bikin sebakk -..-
apa2 pun saya punya kawan2 yang awesome , yang pandai buat saya gelak tiap2 ketika
terima kasih kawan , betul , tade pakwe saya boleh hidup , takde family , takde kawan , saya pun boleh mati -.-
soo , thanks kawan ! 
err thanks for the "hadiah" yang super duper awesome tu :P

terima kasih , alhamdulillah ^.^

assalamualaikum
kata orang , bila bersabar dan berdoa , apa2 yang kita mintak , insyallah Allah tolong kann ? 
dan yaa . alhamdulillahh .  seorang yang dilihat sombong pada pandangan mata saya , sorang yang tak penah nak balas senyuman saya 
*yaa , maybe saya tak lawa macam dia , sebab tu dia tak pandang kot -.-'
tapi tu laa , tiap2 kali jumpa , try je bagi salam . try jugak senyum . dia pandang atau tak wallahualam la . pesan puan mama , sekali orang sombong dengan kita , kalau boleh kita tak payah la nak sombong jugak kann . jangan dilayan pun cara dia tu
dan tadi kann , bila kita jumpa dia balik , dia senyum , salam kita dah berjawab , dia tanya pasal kita . kami borak kejap ! wahhh ! indah nya rasaaa ^.^
alhamdulillah ! suka nyaaa :D
bila orang yang dianggap sombong , dan tak penah cakap dengan kita dah start nak cakap rasa nya sangat lah indah ! wuhuuu ~ macam dah dapat kapel pulak rasa nyaa . HAHA :P
dan yaa . syukran . syukur alhamdulillah . esok panjang umur , dah birthday kita
tapi harini dah dapat hadiah yang indah macam nie , memang super duper like la ! hehe , thanks jugak buat kawan yang wish tadi . HAHA . even cepat sehari pun ada jugak laa yang ingat . caya laaa ! macam tu lerr kawan kannnn :)

p/s : abang kedaii ! tobat dah saya taknak order air laici susu kat kedai abang ! -..-

saya tahu laa tiap2 kali pegi kedaI tu , saya cuma pandai order air tu jee . tatau nape , maybe sedap kott . hehe . eh ! ehhh ! jangan riak naaa :P
tapi jangan laa tengok+gelak macam tadi . saya malu laa . haa , tak pasal2 tukar tempat duduk 
grrr . tak suka tauu ~ -..- ~

tanda-tanda ada gangguan jin

assalamualaikum
hanya copy dan paste . untuk share , moga bermanfaat :)

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DIDALAM RUMAH:

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )

Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut. Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

-Ustaz Hj Mohd Shafiq bin Datuk Rusliy- (FB-Sheikh Shafiq)

tak perlu rasanya ayat macam tu kannn

assalamualaikum
bila stress , dapat text macam nie memang buat lagi stress tau takk ! T,T

FIRST TEXT
awak nak tahu tak perbezaan awak dengan bulan ?
me ? (dalam hati) ohoii , memang banyak la beza nya . apa pulak laa dia nie T.T
tapi saja nak layan , cakap jela tatau then beliau jawab

kalau bulan terangkan bumi , kalau awak terangkan hati saya :$

dan me ? err aku mentol ker apa ? tak nice la kawan . tak rasa berbunga2 pun hati eden nie -..-

then ingatkan setakat tu jee , tapi ada lagiiii -.-'

SECOND TEXT
awak tahu tak perbezaan kereta dengan awak ?
me ? ( dalam hati lagiii . hehe ) adoii , banyak je beza . kereta kena isi petrol , saya kena isi makanan . kan ? kan ? kannn ?
tapi nak jugak layan , jawab la tatau jugak then dia jawab

kalau kereta , untuk kita bawak kemana2 , kalau awak saya bawa ke dalam hati saya :$

dan me ? OMG ! ada something wrong ker dia nih ? -..-
come on , i'm girl . yeahh ! saya perempuan :)
tapi bila dapat text jiwang bagai dari orang yang tak berapa kita kenal dah rasa macam ohhh ~ apahal laa dia niee . tak malu ker ? nak bulan , bintang , kereta bagai T.T
please ! come on bebeh , ayat macam tu kadang2 boleh buat saya geleng kepala je . bukan apa , bagus je guna that word tapi dah macam err tak perlu kot kan . tak dapat apa2 pun . pompuan sekarang tak suka pun kalau awak nak cakap bagai tu --'
hak milik kekal syafiqah zuhari