= ceritasayastory.blogspot.com: December 2012 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

saya bukan perampas , bukan jugak "queen control"

assalamualaikum
2 , 3 hari nie , macam2 benda yang jadi . hujung tahun , macam2 je dugaan . tapi apa2 hal pun Alhamdulillah sebab dengan semua tu I tahu yang Allah masih sayang :')
betul cakap lect I . Allah saya sangat2 lah dekat kita . buat macam mana sekalipun , Dia tetap dengan kita . tetap setia dengan kita , tetap beri kita keampunan , bila kita dah jauh dari Nya , bila dah tersasar , Dia tetap setia ada , menunggu kita untuk kita balik ke pangkal jalan . by the way , harini ada 2 KES yang jadi ok

KES PERTAMA : DITUDUH PERAMPAS 
benda nie dah masuk kali ke berapa ntah . dan rasa nya tak cool bila kita digelar PERAMPAS  . ok ! seriuslly , I tak minat lagi nak in relationship dengan siapa2 . for me , ada jodoh I ada la kan , tapi apa2 pun I dah nak start cari calon next year ! eh ? hehe . yela . umur dah 20 . nak je cari2 calon . kalau yang boleh nak kahwin terus , Alhamdulillah tapi kalau jumpa yang biasa2 , I mean takleh nak buat jodoh pun takpe lah . janjiNya pasti . setiap orang ada pasangan masing2 kan ? kalau tak kat dunia nie , InsyaAllah dunia lagi satu tu :')
dan ok ! dah tersasar jauh dari topik tadi . hewhew . see ! I mengedik je kan ? -..-
oklah . pagi tadi , I got text from kawan , I thought kawan I lah yang text I tapi soalan dia tanya lain . dia tanya macam nie

"awak nie sape ?"

dan me ? ohhh ! apa pulak nie ? dah lupa kawan ker ? maybe lah sebab kawan tu lelaki , kadang2 je contact dia . maybe dia dah lupa I kann . dan ok . seee ! fikir positif je tuu :)
tapi tetibe

"awak sape ? saya tak suka awak text dengan pakwe saya . bla . bla . bla . bla"

oh MasyaAllahh . seeee ! patut la lain macam jeee , awek dia rupa nyaaa . kira diorang dah tukar num la kot . sebab tu that girl contact I . marah2 . ok ! benda macam gini STUPID sangat tau takkk ! this not my first time kena "serang" dengan awek orang . nasib tak pernah ada kes tarik menarik tudung jee . HAHAHA :P
oklah the real I explain dekat dia . text kaw2 punya sampai sekarang dia tak reply . haaa ! baru tau I sape . lembut2 I ada jugak tegas nya . muehehe . dah nama anak sulung . jangan main2 meyhhh -..-
I reply macam gini haa

"first of all , mintak maaf sangat . kalau dia tu bukan pakwe awak pun , saya memang tak berkenan la dgn dia . bila saya cakap saya kawan dia , makna nya betol2 saya kawan la . tolong jadi cerdik sikit . tak guna la gaduh pasal laki"

see ! sampai highlight bagai . haha . I rasa ayat tu memang pedas ! muehehe . yela . jadi cerdik sikit ! nak gaduh pasal lelaki buatpe ? kalau husband wajib la kan tapi orang tu dah la tade apa pun , bukan hot , bukan apa2 , so nape laa nak gaduh ha ?
then the real , nak je cakap

saya tahu macam mana rasa sakit bila orang yang kita sayang kena rampas , sebab tu saya tak akan rampas siapa2 dari siapa2 , saya pompuan , orang yang saya sayang pernah kena rampas , rasa tu sakit dan saya tak nak orang lain rasa apa yang saya rasa . saya boleh mengalah . duduk diam2 . fikir balik salah silap saya . itu saya . tapi orang lain ? mana tahu diorang akan buat bukan2 . lain orang lain ragam kan ?

the conclusion is : susah nak cari orang yang berfikir macam kita kan ?

KES KEDUA : TAKDE HAK TAPI NAK KONTROL LEBIH2 
I tak suka orang yang takde apa2 dengan I nak kontrol2 I . sebab tu bila U control , I degil , tak dengar cakap sebab the real memang tak suka ! ok ? hmm . so , konklusi , I tak suka bila U kontrol I . sebab tu I tak suka nak ada kapel ! tak suka lah bila orang2 nak kontrol dari rutin kita buat . lagak nya dia lebih kenal kita je . hey ! belum pun kahwin kan ? relex bhaii . I pun takde nak kontrol siapa2 . tak kira zaman kapel2 dulu2 pun sebab selalu fikir

"apa hak aku nak kontrol dia?"

see ! am I good ? HAHA . good la sangat . sebab tak kontrol orang tersayang la sampai dia berani curang dulu . muehehe . tu kelemahan I . takpe la . dah takde jodoh .
by the way , best ker kontrol kapel ? dah bajet macam laki bini ye nak kontrol2 tu ? ok ! some people might say that

" i do because I love him/her"

ok . sayang tak salah tapi biarlah berpada ok . baru je pun kapel kan ? I really don't know la kenapa nak kontrol2 nie . hewhew . nak pegi situ sini pun susah je . right ? 
 kapel kontrol2 kau , kau bangga , the real kan ? siap cakap dengan kawan2 , konon2 nya menyampah walhal nak cakap "best" ada orang kontrol sebab kontrol tanda sayang . KONON NYA lah tapi bila parents kontrol , marah pulak . siap cakap parents tak memahami . Oh ! jangan jadi bodoh . kenal kapel dulu ker kenal parents dulu ? sekeh jugak baru tau :3

the conclusion is : jadi lah teman saya , saya tak akan kontrol awak . saya memahami . eh ?

macam nie pulak yang jadi hari nie

assalamualaikum
harini macam2 yang jadi , nak tulis sikit ! kenangan nie . muehehe . dan ok . baru update sebab tengah mengelamun tadi , boleh pulak ingat then gelak sorang2 . ohh -_-''

balik dari Usrah , borak dengan kawan2 , borak pulak tepi longkang . bila nak gerak balik , kawan kita jatuh longkang . muahahaha . punya ramai orang pasal kitorang borak tepi jalan . so , bila jatuh , memang ramai tengok . dan as usual . me la orang pertama lari sambil gelak ! hewhew . mintak maaf kawan , thats my style . kalau jatuh apa2 atau tak terrrsengaja jatuhkan apa2 barang , memang cepat me akan lari . seeee how kalut am I kann ? barang yang jatuh memang akan tinggal macam tu , selalu nya kawan yang jalan sama tu la tolong angkat kan . sejak dulu sampai harini perangai "unik" nie tak boleh nak ubah . nasib la siapa2 yang keluar date dengan I . apa2 barang jatuh , I orang pertama lari sambil buat muka slumber , dah lari jauh , I akan patah balik tempat tu nak angkat that things if nama I dipanggil . kalau takkkk . ehemm :3

lepas accident gelak sampai pecah perut tu , dengan slumber kawan ajak pegi makan pulak , unfortunately . my kawan je yang makan pasal bahan masak kat kedai tu dah habisss . so , kami share lerr makan . romantik kann ? same spoon , same plate . nasib tak suap menyuap . hey ! i'm romantic . jom jadi teman I :P
by the way , masa makan kat bawah pokok tu yang dimana daun2 berguguran sampai nak masuk dalam cendol yang I makan , kawan ada cakap macam gini

"kau tahu tak , masa kaki aku jatuh longkang tadi , kaki aku macam terapung dalam longkang tu , nasib baik takde buaya , kalau tak , habis dia makan kaki aku"

buaya ? dalam longkang ? how come ehh ? errr
lepas makan , next port kami ke playground . muehehe . tujuan utama pegi sana sebab nak culik sorang budak . eh ! tak ! kejappp , jangan salah faham , jangan report polis pulak . syafiqah zuhari budak baik ok ^.^
pegi playground sebab nak cari mana2 budak yang kat sana sebab nak ajak dia melukis . salah satu assigmennt kami , kena cari mana2 budak umur dalam 2 until 13 years old . mintak diorang melukis apa jee yang dorang nak then apa yang budak tu lukis , diorang kena explain dekat kami bakal cikgu yang comel nie -_-
then you know lah , bila je dah banyak mainan kat situ , susah nak cari budak , semua nak lari jee . and u know , me rasa dah macam aksi kejar mengejar pulak . susah sangat nak cari budak nak suruh melukis kejap . ada pun malu2 je . ada yang jenis soal jawab banyak2 . ada yang malu2 , ada yang terus lari . tak ! bukan nak culik punnn . nak suruh melukis saja . kertas , krayon semua dah get ready tapiiii . ah ! susahhh . by the way , respect saja dekat parents budak2 nie . pandai didik anak . jangan dekat dengan orang yang tak dikenali . dah tuu kecik2 lagi dah pakai tudung . yang paling respect . ada je yang pakai shawl . alahai adikk . comel betul awak . akak yang besar gedabak pun FAILED nak pakai selendang . errr 

by the way , cari punya cari , cakap punya cakap , pujuk punya pujuk . yeahh ! dapat tarik sorang budak pompuan niee . comelll . grrrrr geram kite tawww ! hikhik :P
nama pun lawa . ehemm . alyaa hafiyyah . umur 6 taon . dah tarik dia pegi dekat meja suruh lukis , banyak pulak dia tanya , ok . layan saja . am I good right ? :P
ok . kita suka budak nie . dia cerdik ! by the way , budak nie lukis rumput , bunga , awan then matahari . bila diminta explain kenapa dia lukis benda tu . macam gini ha dia cakap

"lukis bunga sebab suka bunga . lukis rumput sebab bunga kan nak tumbuh atas rumput . lukis awan dengan matahari sebab awan kan hidupkan bunga"

see . cerdik betul budak nie . suka melayan diaa :)
dan oh ya ! I sempat main bola sepak dengan budak2 lelaki dekat playground tadi . ala . adik2 je pun . tak padan dengan pakai jubah , nak jugak melayan adik2 tadi . eh ? perlu cakap ker ? heee
dah habis sesi melayan si comel tu , pegi makan . tapau sajaa . and betapa baik nya diri nie rasakan sebab bila dah bayar semua harga makanan , that makanan I terrrtinggal kat kedai tu . jalan punya jalan baru perasan lupa nak ambil makanan . maka , dengan muka sabar sebab dah lupa , terpaksa balik kedai tu then ambil makanan . ok ! agak terasa tua sebab I dah mula nak jadi cepat lupa . I mean nyanyuk -..-
by the way how come ? I baru nak masuk angka 20 next year . muehehe

mati tak tunggu kita dan ingat mati tu wajib :)

assalamualaikum 
as usual , even takde orang komen pun , nak jugak update cerita . bukan apa , tulis blog kadang2 untuk kita je . ada masa free , boleh on then baca balik . dan paling syok boleh buat kenangan . yela . mana tau esok lusa tuhan nak ambil nyawa , at least ada je jugak blog yang orang terdekat boleh baca . mati tak tunggu kita dan ingat mati itu wajib :)
harini dah last hari Jumaat bagi tahun 2012 . Alhamdulillah hari ni dengan jaya nya pegi usrah . usrah nie best ! boleh share macam2 cerita yang for sure bermanfaat lah kan . tiap2 join mana2 ceramah , kelas , banyak cerita pasal mati . balik kelas pun jumpa kawan banyak cakap pasal mati . MasyaAllah bukan minta tapi kalau dah ajal , takde apa yang boleh halang dah . sorang kawan kita masih lagi bersedih sebab kawan lama dia dah meninggal . al-fatihah . moga rohnya dirahmati :')
kawan pernah tanya
"kalau orang takde kat dunia, awak sedih tak?"
ok . me diam . siapa la tak sedih . dah nama pun kawan . walau tak kenal lama tapi dah macam2 kongsi . eh ? I mean kongsi apa patut ok ! muehehe
semalaman sendiri susah nak tidur , asyik fikir , kalau ditakdirkan meniggal di usia muda
macam nie , apa je bakti yang dah dibuat kat orang sekeliling ? dan ohh . sangat memikirkan . for me , meninggal biarlah cara yang elok . takde nak bebankan siapa2 pun . InsyaAllah . actually banyak je nak share pasal nie tapi mood dah takde . hehe . next time kita kongsi lagi lah ye :)

FIVERS HIJABIS GIVEAWAY BY MV

assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Alhamdulillah . suara cun kite dah dapat balik dahh . muehehe . ok sorry ! I mean I dah sihat dahh . terima kasih la buat semua member yang take care I tu . yang paksa makan ubat , yang marah bila I nak minum ais dan makan makanan berminyak super duper tu :3
jasamu tetap dikenang . hehe . am I good ? :P
Alhamdulillah juga sebab sekarang takde keje sangat punn . kalau ada , semua yang simple saja , just kena submit by email . suka tauu . jimat duittt :D
by the way , otak I takleh nak proses sangat sekarang . sekarang , nak join segmen lagi . I suka join GA atau mana2 segmen sebab I selalu menang ! bertuah kann ? HAHA . ok . riak -,-
apa2 pun , ada rezeki , InsyaAllah menang la kann . boleh dapat tudung dengan topup free . siapa tak nak kannn ? even I jarang habiskan topup pun tapi kalau dah free , nak jugakkk ! hehe . so , siapa yang berminat jugak , sila join ok . ehem wish you good luck :)


23 january 2013 . seee , tarikh last pun lambat lagi . come ! join us ! muehehe
ehemm . nak tag dorang nie laa :3

Segmen 3 Hari : Cik Lyeen Lagi?

assalamualaikum
sekarang dah bajet orang femes , sibuk memanjang . muehehe . nak online pun takde masa plus rasa malas nak2 lagi kesihatan tak mengizinkan . demam dah agak ok cuma batuk je memanjang . pagi tadi bila bangun tidur then bila buka mulut nak cakap , suara dah berubah ok ! serak basah and I feel sexy with that voice ! muahaha :P
makan ubat yang beli kat farmasi pon macam tak menjadi jee -_-
takpe2 . ubat tu baru beli semalam . makan pon cuma baru sebijik je , accaner nak ada hasil kan ? hmm -_-''
by the way , bukak blog nie , as usual , cik ain hensem tag kita join GA . ehem . macam menarik , so eksited je nak join ^.^
soooo , ehemm
cik lyeen nama diberi 
itulah empunya blog yang anjur segmen 3 hari ni 
muehehe . takde kaitan langsung . by the way , jemput la join jugak . hadiah dia oshemmm tauuu . tak caye tengok niee

Shawl Rose Raana : RM 60.00

seee , lawa kann ?
syarat pun mudahh . nak join , klik sini okay 


actually kita taktau nak tag siapa . fikir punya fikir , last2 tag 
http://hazirahhawamuslim.blogspot.com

tak rugi dah join , sekarang dah banyak kesedaran

assalamualaikum
harini memang tak sihat . pegi umah kawan , tido semalaman , bangun2 pagi tadi selesema . tapi takpe lah . taknak nak mengeluh banyak2 . ok apa . sakit2 macam gini kan penghapus dosa kecil kan ? :)
Alhamdulillah , sejak join Malam BersamaMu Gaza dekat kolej hari tu , sampai harini pun ramai yang masih cakap2 . makna nya berkesan sangat apa yang nak disampaikan malam tu . Alhamdulillah , ada keinsafan , ada rasa nak ambil berat , ada rasa nak peduli :')
pergi kolej pun ada yang masih pakai mafla . for me , dah kagum and say MasyaAllah , memang berkesan la . semua ada rasa bertanggungjawab dah . tak rugi dah join ^.^
sekarang pun bila join Usrah then kena berniaga , segala hasil untung yang dapat daripada jualan tu akan disumbangkan kepada badan NGO yang banyak terlibat dengan Gaza , semua members dalam kelas say Alhamdulillah sebab kurang2 hasil dari tu dapat nak bantu saudara dekat sana . InsyaAllah bermanfaat kan :')
sampai sekarang , banyak kata2 yang masih terngiang dalam kepala . kalau nak cerita , sampai bila memang tak akan habis laa . hehe 
tapi InsyaAllah , mana yang baik akan di kongsi juga bila tiba masa nya
now , time tu buat assigment ! -_-

pengalaman join Malam BersamaMu Gaza part 1

assalamualaikum
Malam Bersamamu Gaza with Heliza Helmi , Sham Kamikaze , Bunkface and Nowseeheart soooo awesomeeee :D
ehemm Alhamdulillah . lastly dapat jugak nak join event nie ^.^
by the way , before program , sempat lagi pegi makan dekat Giant . lastly dapat jugak nak lepas rasa ngidam dekat makanan RasaMas . dan oh ! kunjungan kali nie lagi awesome sebab incik abang pelayan tadi tu hensemmmm . berkenan I :P
lepas asar sampai 7.30 ada dekat Giant tu , saja makan2 tambahkan berat badan . ahaks . dah makan , solat then gerak ke kolej . dah sampai awal , sempat pulak beli mafla macam gini 

*like always , I borrow gambar dengan abang google jee -_-

 rm10 je . murah kan ? sebab kain mafla nie biasa2 je , murah je punnn tapi takpelah sebab sambil beli boleh menderma lagipun dah lama I cari mafla niee . huhu . Alhamdulillahh . lastly dapat jugak beli ! you know , rasa bangga je bila pakai ! :D
macam ada semangat nak berjuang jeee . ehemm :P
program start after Isyak . ok leteww . nak berseronok sekalipun solat takleh lupa kann :)
 start program , ada sorang pakcik yang wakil Aqsa Syarif nie cakap2 je pasal Gaza . intro about Gaza and so on la . ehem , first part nie bosan je haa sebab slide show beliau panjang then dia explain one by one . cakap punya cakap , tengok semua yang ada dalam hall dah macam2 ragam and I was like 

"oh ok ! tak menarik , semua takde bagi attention pun . cian pakcik ckp sorang2"

and you know what , dah kemain je pakcik tu cakap then I was suprised when he says

"ok , setakat nie dulu sy cakap , saya akan sambung slot seterusnya kejap lagi"

and me ?

"hohohoho . ada lagiiiiii . bosan betulllll -_-"

tapi kannn , you know what ? lepas pakcik tu cakap , jengjengggg , I was excited bila host tu jemput Heliza Helmi ! excited yang paling utama sebab minat diaa ! dia comell . aww geram je tengok diaa ! HAHA . tapi yang tak comel bila dia tak sihat . then yang paling tunggu2 dia sebab dia salah sorang artis yang pegi Gaza . so , bila dia naik , dia cakap2 pasal pengalaman dia time pergi Gaza . first dia cakap macam ok . diam je tapi dah lama2 dia cakap , bikin I sebak , terus nangisssss :'(
serius ! tak tahan airmata nie mengalir bila dia cerita pasal keadaan dekat sana nak2 lagi bila cerita yang budak2 kat sana . time tu dah rasa air mata , air hidung semua meleleh keluar je . nangis jugak , nangis jugakk . dah lap air mata pun dah macam taknak berhenti , mengalir jugak -_-
by the way cerita yang paling ingat sampai sekarang yang dia dah cerita kisah seorang doktor yang kat sana 

kata dia . doktor nie yang jugak merupakan bapa kepada seorang kanak2 perempuan yang sangat comel sangat2 sibuk dekat hospital sebab tiap2 hari ada saja mangsa cedera , bertroli2 yang dihantar ke hospital untuk dirawat . menyedihkan bila dilihat bilik kecemasan di dalam hospital tu cuma ada 3 buah katil saja . di dalam hospital itu sendiri dah kehabisan ubat . dah takde tempat kosong bagi pesakit yang datang . setiap saat semakin bertambah sehingga kan ada yang mati syahid sebab tak sempat dirawat . setiap hari , si anak tadi akan menelefon si ayah dan sentiasa bertanya bila si ayah akan pulang ke rumah untuk bermain dengan nya tapi jawab si ayah yang beliau sangat sibuk hendak membantu mangsa yang cedera . tanpa jemu , si anak tadi akan menelefon dan bertanyakan soalan yang sama kepada si ayah 
"bila hendak balik ke rumah dan bermain dengan nya? "
sehinggalah suatu hari di hospital , ketika si ayah tadi berkerja di hospital , berpuluh2 mayat yang telah syahid di hantar ke hospital . maka , si ayah tadi memeriksa satu persatu mayat tadi . bila tangan si ayah membuka salah satu kain yang membalut mayat tadi , sangatlah terkejut kerana mayat yang di hadapan nya merupakan mayat si anak yang saban hari menelefon nya
si anak tadi telah mati syahid :'(
maka dengan redha si ayah berkata
"maafkan ayah . kamu tunggu ayah di Syurga . nanti kita bermain di sana"

lepas dengar cerita tu , air mata memang non stop la . tak boleh nak imagine la betapa tabah ayah budak tu . redha seorang ayah yang di mana anak beliau mati syahid . bila diberi tunjuk gambar anak tu , MasyaAllah , memang comel sangat2 . seisi dewan dah nangis dah . tapi bila fikir , takpe la , anak tu dah jadi anak Syurga , pasti dia sedang bahagia bersama rakan2 dia di sana kan :)
next , dorang jemput pulak Sham Kamikaze naik ke pentas , dia just main petik gitar then ok . sangat best . diam je . and sometimes ada yang menyayi ikut petikan gitar yang dia buat . apa2 pun malam tu semua best ^.^
ehemm . Heliza Helmi sudah , Sham Kamikaze pun sudahh . siapa yang next person eh ? muahaha . takpe , nanti kita story next entri pulak yee . saja nak share pengalaman
*bajet orang nak baca jee -_-

minat Heliza tak ? minat Bunkface tak ? jomm joinn

assalamualaikum
hujan ! hujan ! hujann ! muehehe . tak ! mana ada mengeluh . Alhamdulillah apa . hujan rahmat kann . dah memang musim hujan punn :)
Alhamdulillah sem nie paling best nak2 lagi bila belajar subjek Ethics . tadi lec cerita tentang sifat Nabi kita , Nabi Muhammad s.a.w dan betapa untung nya kita semua sebab menjadi umat baginda Muhammad . serius . before this mana lah ambil port sangat kalau sebut untungnya jadi umat baginda Muhammad . yela . kalau dah takde ilmu yang cukup , mana nak ada rasa apa2 kann . orang cakap , kita dengar tapi takde apa2 perasaan pun . yela . macam orang cakap . Islam hanya di ic sahaja . nak tahu lebih2 memang takde rasa pun sebab yela . bajet kita orang Islam , dah ingat macam tahu semua perihal Islam walhal tak pun . teruk kan ? hmm . tapi takpe la Alhamdulillah dah sedar diri macam nie , InsyaAllah ada masa nak perbaiki diri lagi :')
tadi bila dah ada dalam kelas , hayati betul2 apa yang lec cakap , serius . sampai rasa sebak je . MasyaAllah . baru tahu untungnya jadi umat baginda . baru rasa2 betul nak bersyukur , nak betul2 hargai . seee ! dah 19 tahun hidup , baru rasa macam nie . Alhamdulillah jugak pasal at least dapat jugak rasa kan :')
tadi tundukk je tengok meja . muhasabah diri . kawan kat depan ada yang siap nangis . memang lah . kalau dah tau , rasa sebak , terharu tu memang ada . hmm . so Alhamdulillah . untungnya saya belajar kat siniiii :D
apa2 pun , tak lama lagi kolej nak buat event nie , so for those yang minat dengan Heliza , Bunkface tuuu jemput la ke kolej kita . nanti kita jumpa yeee . muehehe . jom la . masuk percuma nieeee . hewhew . InsyaAllah , kalau time tu free , nak je join . come on bebeh . ikut serta okayyyy ^.^

hari ini macam nie yang jadi

assalamualaikum

apa yang best ? :D

- kawan nak bayar hutang ! muehehe . rezeki2 . takleh tolakkk :D
Maria Elena dah kahwin ! congrats Kak Maghiaaaaa :)
- harini ex yang bertahun2 lama tak contact , tetibe request mintak nak call . dan I was ok . takde jual mahal , so mintak dia call , borak2 . oh awak ! suara tak berubah . rasa rindu pulak ! eh ? -..-

yang tak best ? -_-

- tak makan lagi harini . sad case right ? :3
- ada orang text mintak solve problem dia dengan kapel dia . ehem . do I look like "Doktor Cinta" ke ?
- malam tadi tidur lewat sebab kena ganggu ! jengjenggg -_-
- jumpa blog yang copy & paste ayat ! tak suka ! tak suka ! grrrr
- duk ulang dengar lagu Sesal Mendua . ok ! lagu yang agak annoying tapi still dengar . sorry ex . siapa suruh I dengar lagu nie for the last time ? kan , dah asyik ingat ! huu sigh T.T
- kawan yang tak macam kawan semua pakat contact balik tapi I was like tak boleh nak rasa ngam lagi . maaf kawan2 sekalian . salah siapa ?

thats all for today , ok . sekian terima kasihh 
*puan cik Syafiqah Zuhari takde motif again -_-'

takde motif pun

assalamualaikum
aku suka kelas Usrah harini . semua nampak happy . semua orang dalam kelas macam dah kenal aku *bajet femes dekat kolej .
balik dari Usrah , ramai lepak2 dekat tempat kura2 . semua senyum . borak2 dengan kawan2 . lagak macam ada pesta je . muahaha . maybe sebab petang lepas Usrah tu , hujan dah berhenti , tak macam semalam yang sampai kilat2 . hujan mencurah2 . hehe . dah tak hujan , boleh lepak lama dengan kawan2 lah kan . borak itu dan ini . dan paling best bila keluar dari pagar kolej , nampak pasar malam dah buka ! HAHAHA
tu yang paling best sebab bila kat sini , kalau dah pegi pasar malam , thats mean tak perlu lah nak pegi makan dekat kedai . tak perlu nak makan benda sama . sebab tu I kata pasar malam tu best ! muehehe . by the way , nie second time pegi pasar malam dekat area kolej nie . selalu tak berkenan pon nak pergi . harini pegi pon sebab ada tujuan . nak cari bekas dadih . alih2 dah pegi pasar malam , nampak a lot of makanan yang yummy3 ! HAHA . terus tak ingat tujuan asal sebab pegi pasar malam tu -..-
nampak nasi lemak , terus beli , nampak ayam goreng , beli jugak , nampak air cendol , pun beli . wuu . banyak sangat walau actually perut tak rasa ok sangat pon . sebab apa ? shh ! pompuan should know kannn ? hehe . diam2 dah la :P
tapi membazir tu amalan syaitonnn , semua makanan di habiskan ! pasal target nak naik kan berat badan sikit >.<'
now , update entri entah apa2 . cuma nak cakap
air cendol yang adik comel , abang nsem yang jual dekat kolej nie SEDAP ! next week nak pegi beli lagi lahh :D

awok koyaaa ! haha

assalamualaikum
see . faham dok title tu ? hehe . dah ore Kelate , sometimes rindu jugak dialek Kelate . tu diaa . anak jati Kelate :D
tadi pegi kelas young muslim practical life exercise . see ! panjang jugokk nama subjek nie . hehe. kelas nie cuma belajar macam mana nak ajar akhlak yang baik pada budak2 kecik a.k.a budak tadika . as usual masuk dalam kelas kena kira 1 sampai mana yang lec nak then ikut num tu kena buat group . it was like ahhh ! benci betul , asyik kena dalam group begini . malas lahh -..-
dah dalam group , for sure lec bagi task , tajuk sorang satu group nak suruh present . haa ! bila sebut bab present2 nie , rasa nya takde student pun macam

"wah ! suka nya present"
"eh ! group aku nak volunteer lah"

kann ? mana ada ponnn . tarapapa . kita student semua perangai sama saja . lebih kurang . eh ? hehe . btw , for me lah . memang tak suka nak group dengan lelaki ! sorry guys ! dah nak buat macam mana . kita segan super duper tau takk . sebab tu nak elak saja group dengan lelaki even pengalaman buat keje dengan orang lelaki nie ok pasal tak banyak peel tapi tetap takleh terima . selalu I nak reject2 je bila dengan lelaki ! :3
tapi tu la yang nak reject tu yang kena -.-
tadi dah bagi2 group , sekali kena dengan budak lelaki . ore Kelate also but Masya Allah , dia cakap punya lah banyak . stress . orang suruh buat keje dia cakap memanjang tapi nasib baik keje dia buat jugak . mulut dengan tangan sama naik ! wuuu -_-
dah bape jam . lastly , kelas habis then you know what ? tak payah nak present sebab lec pospone next class . okay la kann . dah jenis malas memang la banyak alasan . terukkkk -..-
dah habis kelas , bangun dari kerusi then tempat kawan yang group sebelah . tunggu dia nak simpan barang2 dia then she asked me

she : kenapa kau senyum2 je nie ?
me : eh ! mana ada
she : kau senyum sebab mamat tu ehh ? *sambil tangan dia tunjuk dekat mamat tu yg duk membelakangkan me*
me : woi kau ! tade pasal aku nak senyum sebab dia

and you know what ? mamat tu dengar perbualan kitorang . mak aii . segan gila sebab takut dia fikir bukan2 , so that me buat2 bodo sambil cover rasa segan then nak kuar kelas but ada dengar suara duk panggil tapi still buat ignore . muahaha . then. . 

she : woi ika , dia panggil kau tu
me : *berpaling tengok mamat tu 
he : awak senyum sebab saya ke ? *tanya sambil sengih2
me : eh ! mana ada . takde sebab saya nak senyum pasal awak la
he : tadi saya dengar
me : mana ada . perasan
she : HAHAHA 
*sambil tengok muka me then say 
she : apa orang Kelantan cakap ? koya mung 
me : HAHAHA . wahh . pandai kau

so , conclusion is me pun tatau pasai pa duk senyum2 sorang tadi sebab before that bila dah habis kelas , habit yang selalu buat ialah check nset kot2 ada mesej or call tapi haremmm , peratus nak ada orang contact sangatlah jarang . heww . time tu bila check mesej , dapat mesej from CelcomOffer . eh ? tak kan pasai tu kot duk senyum2 sorang ? haih . sekarang masih fikirkan . pasai apa eh senyum2 tadi ? -..-'

belajar redha dengan seikhlas mungkin

assalamualaikum
apa2 yang jadi pasti bersebab kan . kita je tatau . kadang2 kita dah anggap benda tu paling2 baik buat kita tapi the real kita tatau ada yang lagiii baik dari tu -_-
well , as student lah kan , memang tak terlepas pun dari masalah yang melibatkan group discussion . memang . masalah tu kecik tapi boleh buat stress . nangis2 . oh . manja ! -..-
macam lecturer cakap tadi

"di usia awak , memang , masalah macam nie awak akan rasa like was a BIG problem tapi pada orang di usia saya , benda nie small matter je"

memang . dah budak tak matang . banyak lagi yang nak kena belajar . benda kecik pun boleh jadi a BIG problem right ? haihh . tadi banyak betul sesi luah perasaan dengan lecturer sampai rasa macam nak nangis ! wuuu . manja again ! -.-
lagi benda ngadu was like

"ntah la miss , tiap2 sem ada je masalah dengan group"

then miss yang awesome tu pun menjawab

"sabar , tu tanda Allah sayang awak , Dia nak uji awak"

dan me ? ohhh ! macam lupa betul dengan hal yang satu tu . ya , setiap apa yang jadi ada sebab dan hikmah . kata dia

"belajar redha dengan seikhlas mungkin"

you know , bila kita borak , ngadu masalah dengan orang yang berilmu , kuat agama , rasa tenang , damai dan cepat je sejuk hati . Masya Allah , untunglah siapa2 macam tu , like was my lecturer . i love u miss ! saya respect miss . tenang cakap dengan miss . kalau boleh nak jadi macam miss . tenang sangat . can I ? hmm Insya Allah :')

p/s : oh Masya Allah , dah jatuh hati dengan tulisan nie pulak ! hewhew :3

Malware Ahead !

assalamualaikum
serius . gurauan daripada NuffnangX nie memang tak cool ok ! menyesal betul bila letak kod NuffnangX  dalam blog . even takde guna pun , saja2 je letak then now . ok ! terima padah -_-
terkejut gila bila klik link blog , takleh nak tengok sebab kena virus Malware nie . haihh . tension betul . dah la dekat kolej tadi ada problem sikit , alih2 balik rumah ada hal dengan blog pulak . memang buat diri nie nak demam . sekarang dah pakai sweater dah ! tetibe seram sejuk ! HAHA 
dah klik berkali2 pun link blog tetap ada tulisan MALWARE AHEAD ! terus jadi tak betul ! huu . on off tab , on off laptop pun tetap tak jadi . terus usha mana2 blog yang me follow kot2 ada update pasal virus nie , first jumpa blog nie . terus baca entri dia yang nie , bila tengok sebab2 tu , yang suspek cuma satu , takut me terrr follow blog yang ada virus nie lah tapi rasa nya sebelum follow mana2 blog , kena memilih jugak . macam pilih teman hidup . eh ? ok . melalut . nak kata takde anti virus dalam laptop , memang ada pun . abang hensem dekat kolej yang buatkan . awww :P  
dah tau ada tu , cepat2 je tekan klik nak scan whole computer sebab takut ada virus sesat yang datang nak melawat ke apa . berkali2 ok ! seee ! how "kalut" am I . HAHA :3
 nak kata nak kena hack pulak memang tak la . bukan femes pun sampai ada berkenan dengan blog nie 
baca punya baca , ok ! sedih + kecewa sebab dia cakap antara sebab2 kena attack je . tade solution dia . Masya Allah . lagi lah rasa kalut -_-
lantas on fb , pegi conteng dekat wall cik ain nie , ask for her help . dan Alhamdulillahh . dah rasa macam lega sangat2 bila cik ain send link nak berkaitan malware nie . macam mana nak hapus . nak tahu jugak ? see here ok ! :)
dah baca berkali2 . baru dapat dettect semua nie NuffnangX punya kerja . ohh ! sakitlah sangat rasa nya . time tu jugak rasa nak delete semua yang ada kaitan dengan Nuffnang tapi bila fikir balik , yang salah cuma NuffnangX  saja . so . tak baik nak hukum orang tak salah kan . how good am I right ? :P
dah baca blog tadi , dah tau macam mana nak solve the problem , cuma remove kod NuffnangX je . then yaa ! Alhamdulillah kejap je dah dapat detect kod tu terus remove jejauhhh . ahhh ! lega sangat sebab dah klik , dah balik asal . huu Alhamdulillah :')
dah tak jadi dah nak demam ! HAHA
btw , terima kasih cik ain sebab tolong then sebab sabar layan kerenah kalut I tadi -.-

p/s : tengok font tulisan nie macam comel pulak ! HAHA . nak try kejappp je guna . setia pada satu ok . Insyallahh . take note ye my future husband . I will setia :) *melalut lebih pulakkkk

terima kasih mama !

assalamualaikum
pegi clas , lecturer puji2 nama . mak aii . segan I . HAHA . tatau nak letak dekat mana muka . asyik tunduk ngadap meja bajet pompuan melayu terakhir je . muahaha :P
paling takleh lupa bila beliau sebut word macam gini haa

"kirim salam dekat mak awak , cakap sedap je pilih nama"

sambil2 duk ulang panggil nama . kata dia . bila makna nama baik , elok nak dipanggil dekat Padang Mahsyar nanti . huu . memang . tak dinafikan punnn . time tu jugak rasa nak kapel ngan superman ! nak mintak tolong dia hantar balik Kelantan , nak salam dan say thanks dekat puan mama sebab bagi nama elok nie :)
dah excited tu , terus text puan mama then dia antara ayat dia reply

"jaga akhlak secantik nama tu"

tsskkk . ohhh . I will mama . akan jaga akhlak sebagaimana nama nie jugak . 
dan ini , maka saya 
 Nur Qurratu Aini Syafiqah bt Che Zuhari , 
pemilik nama terpanjang hinggakan ada 2 i.c sangatlah bangga dengan nama saya . hehe
terima kasih atas pilihan nama nie 
I love it ! walau panjang tapi makna yang best memang buat lagi bangga :'D

even "beg guni" tapi berharga ok !

assalamualaikum
ehem . hari ni hari minggu . kalau korang ada planning je sure tak sabar nak wait for weekend right ? but not me lah ! -_- 
hujung minggu bosan for me yang jarang keluar rumah , bukan apa , kalau keluar dengan kawan2 , jalan kaki , meround tak tentu hala buat diri penat . dah bila balik rumah mula lah sakit bahu pasal pikul "beg guni" . kaki bengkak , melecet . lenguh situ lenguh sini . kadang2 dah balik rumah without mandi terus tidur sampai esok hari ! eh ! ok kantoi -..-'
dan tu pasal when siapa2 ajak hang out me kena fikir berploh kali . hewhew . except you jenis tade nak jalan berjam2 , I follow lah . but MAYBE je okay ! -_- 
disebab itu , me lebih prefer duduk rumah saja walau bosan TAPI kalau dengan family , tak ajak pun cepat je join . HAHA . haiyoo . berjam2 dengan family tarapapa pasal naik kete . hehe . so , tak penat lah sangat :P
then tade apa nak cerita , cuma harini . bila duk stalk fb orang , bw blog orang , dapat call

"kakak , kuar , papa tunggu kat kedai makan"

me ? Alhamdulillahh . rezeki tuuu . HAHA . bukan apa . seharian hari nie tade makan pon lagi except minum air je . sad case right ? huuu . actually sepatut nya buat2 terkejut bila dapat call dari tuan papa sebab yela . tetibe je call suruh keluar . thats mean beliau datang melawat anak manja sulung dia lah kat sini . tapi semalam dah chat dekat fb dengan aunty then dia tersasul cakap tuan papa dah otw nak pegi kl . dah macam kantoi lah ! hehe , so , that why bila dapat call tadi pun wat cool watlek je . muahaha . tapi for sure dalam hati senyum melerek lah pasal ada orang nak belanja , nak teman g makan ! HAHA . suka tawww . suka sangat lah bila dapat kejutan macam gini . hehe :P
then for sure lagi suka sebab jimat duit makan ! duit belanja bertambah ! thenn stok makanan punn bertambah ! seee thats why I suka kejutan gituuu . haha
okla sekarang dah balik rumah , kembali bosan . xtvt stalk punn bersambung laa 

pss ! did I say "beg guni" ? hehe . for those dont know what kind of "beg guni" , so lets me show  . taraaa . nie lah "beg guni"


HAHA . ok . pelik ? kita punya beg pon lebih kurang macam gini la tapi kaler kuning . kenapa panggil "beg guni" . actually ex yang called that beg as "beg guni" . I guess maybe lah sebab beg nie agak besar then boleh isi banyak je kat dalam . even barang sikit pun nampak banyak sebab beg tu agak besar . time tu pegi makan for our first date . then he asked

"bawa apa dalam beg guni tu ?"

ok . lebih kurang macam gitu la kot dia tanya and me ? uiksss ! sentap kejap ! HAHA . terdiam oo ! ada ke dia panggil "beg guni" . orang laki apa tauu ? ciss ! :P
then me just answer

"ala . barang pompuan la"

dalam hati dah agak ciss . geram la jugak . hehe . btw maybe tu "beg guni" or whatever that you call but for me until now I used that beg ! maybe pasal ada kenangan ? eh ! ok ! sigh T.T
btw lebih prefer guna beg macam gini la pasal boleh silang sekaligus boleh nak jaga beg tu bila jalan khalyak ramai . kes ragut memang sesuatu yang menakutkan ok ! dan mencegah lebih baik dari kena ! beringatlah ! >.<

mee celuppp !

assalamualaikum
tadi bila tengah syok online , dapat text dari sorang member

"ika , ijad tengah makan mee celup nie . bestnyaa . rugi ika tadop , dah la org nak belanja nie"

grrrr . aisyehh ! rasa sekarang jugak rasa nak jadi makwe superman , nak suruh dia bawak terbang balik Kelantan . huuu -_-
tu makanan yang wajib makan bila balik Kelate , banyak tempat femes yang boleh makan mee tu . banyak tempat yang boleh try tapi try la kat mana2 pun . takleh nak tanding yang made in Kelate . hee . kat sini pun ada tapi for sure rasa memang tak sama sangat pun , harga pulak memang meletup mahal tapi kadang2 kalau dah ngidam , lama tak balik , makan la jugak -.-'
tapi kalau time terdesak macam gini , dah rasa ngidam sangat , cepat je google gambo . hehe
pinjam sat gambar yee incik google . hmm :P


erkk . alamak ! seee ! terliur nieeee . errr


hmmm -..-
lagi sedap bila tambah ngan perasa dia . nak pedas , masam , semua bolehh . kadang2 boleh licin satu mangkuk ! semangat mee celup gituuuu :P
tapi bila pegi makan , kita tak penah makan "mee" punn . pasal for me tak sedap lagi2 mee tu licin . selalu aje jatuh bawah bila nak masuk mulut ! ciss ! kalau pegi date , boleh buat malu saja pasal bila nak masuk mulut , mee tu gelongsor jatuh bawah . dah licin . kalau makan dengan garfu pulak , memang takde nikmat pasal takleh nak slurppp kuah tuu . hehe
apa2 punn macam2 cara je boleh makan , macam2 lauk boleh pilih . apa yang nak semuaa boleh dan memang akan puas lah ! ^.^
hmm . sekarang dah ngidam dahh -..-
hak milik kekal syafiqah zuhari