= ceritasayastory.blogspot.com: jangan halang anak2 anda bermain okay ! take note ye mak ayah Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

jangan halang anak2 anda bermain okay ! take note ye mak ayah

assalamualaikum
jangan manjakan sangat kanak2 dengan teknologi canggih yang korang semua ada okayy . take serious . ini arahan dari bakal cikgu tadika ! ^.^
okla . sorry . jangan terperanjat sudah . cuma harini dalam kelas dah macam jadi kes debat pulak . harini belajar pasal tajuk "bermain sambil belajar" . dalam kelas tadi dah berubah jadi macam tadika dah . lect devide kami semua dalam 3 group yang ramai . then each group kena main satu permainan . by the way kite last group -..-
for first and second group , permainan dorang main tadi takde la guna ruang yang luas tapi bagi group last , kalau la korang pernah main permainan anak ayam dengan musang tu for sure la tau kan kalau nak main kena ruang yang sangat luas sebab musang tu akan kejar anak ayam satu per satu . yang si ibu/bapa ayam pulak akan protect anak2 dorang yang beratur panjang dekat belakang . musang akan cuba nak sentuh anak ayam nak2 orang tu yang duduk paling belakang . kalau taknak kena "makan" dek musang , kena la pegang baju kawan2 tu kuat2 . kalau perlu , peluk pinggang kawan tadi ! muehehehe :P
tapi yang paling tak sangka , ada jugak antara kami sendiri yang tak pernah main permainan tu time kecik2 dulu . so , kalau fikir balik , kalau kita bakal cikgu tak pernah merasa , macam mana budak2 yang bakal jadi murid nie nak merasa kan ? hmm . ok . memang la zaman sekarang nie zaman teknologi , rata2 parents akan bagi ipad , psp , dlln lagi buat anak dorang sebagai "upah" nak anak dorang diam -_-
konklusi , memang ramai parents akan buat macam tu tapi pelisss la , jangan buat macam tu lagi sebab dengan cara tu tak akan membantu anak2 develop physical , social , cognitive diorang . ok . tak faham ? meh nak cakap detail lagi ^.^
zaman kanak2 nie , kita as parents atau guru kena la bagi dorang peluang nak try apa yang diorang nak buat ok . if anak2 nak sentuh air panas sekalipun , bagi dorang sentuh , bagi dorang rasa sebab after diorang dah rasa sendiri , diorang dah tahu dan tak akan buat lagi . sama jugak kalau anak2 nak panjat meja , panjat kerusi , main pasir or dlln . jangan halang mereka ok ! bagi mereka rasa sendiri sebab tu la pengalaman dorang . tapi yang penting jangan tinggalkan dorang buat sendiri , kita kena pantau ! INGAT TUUU :)
kanak2 kena diberi pengalaman . walau memang tak dinafikan langsung zaman sekarang memang dah takde orang yang main baling selipar , bola beracun , congkak , batu seremban dlln tapi as parents , cikgu memang kena perkenalkan lah cara main tu 
kadang2 main pondok2 pun dah tak dibenarkan parents . ramai yang kata main pasir , main tanah tu kotor . tapi yang kotor tu la pengalaman . so , biarkan dorang . 
JANGAN HALANG PERKEMBANGAN ANAK2 ANDA :)
jangan fikir kolot sangat sebab cara tu tak akan membantu anak2 anda ok . jangan sesekali berkata "tak boleh" , "jangan" . sebab dengan cara membenarkan dorang buat semua tu , trust me , anak2 jadi lagi cerdik . takde la manja sangat . takde la lambat perkembangan mereka . by the way , jangan salahkan siapa2 kalau umur 3 tahun , anak masih tak boleh nak menulis dengan baik :)

yang ikhlas , bakal cikgu 
syafiqah zuhari :)

# pengalaman bermain anak ayam dengan musang tadi sangat awesome ! HAHAHA . serius best . gelak2 dengan kawan , pegang2 baju , lari2 , memang awesomeee !
 rasa macam budak balik even errr the real 2013 umur dah pun duapuluhtahun -..-
by the way , thanks sir . saya suka kelas tadi . untung ambil kos nie . rasa mudaaa :P

1 comment:

  1. thats rite la syafiqah ...main terjah pulak akak ni..tak bagi salam pun..asaalamualaikum...:)..akak tak halang anak akak bermain sebab akak nak dia tahu apa dia buat..apapun nice entry...gud luck cekgu...

    ReplyDelete

hak milik kekal syafiqah zuhari