= ceritasayastory.blogspot.com: June 2013 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

sayang dan hargai sampai bila2

assalamualaikum

sekarang kalau tengok jam dah pun nak masuk pukul 4 pagi . tapi mata masih tak boleh lelap . walau nak exam , tapi total masa aku ngadap buku sangatlah ciput ok . see ! jelas kemalasan aku dekat situ . malas2 nie taktahu la ada orang nak buat bini ker tak -..-''

bila dah takboleh tidur , macam2 benda aku buat , godek laptop , dengar lagu sama berulang kali sampai dah rasa sakit belakang . muehehe . dah lama tak buat hal kan , haruslah nak rasa sakit2 :')

dan apa yang teruk , stalk je facebook friend list aku . aku tengok , aku gelak dan geleng kepala . kadang2 dah rasa macam pening , nak naik katil pun tak sanggup sebab baju bertimbun yang dah berlipat tapi masih tak simpan . mau nye aku terjah naik katil , tak ker runtuh timbunan baju tu . tak ker haru aku nak lipat one by one balik ? :')

oh ya ! bila online sini , macam2 ragam yang aku jumpa , dan pasti nya , ada benda buat aku gelak sorang2 . ya , sorang2 pun ok saja , ramai cakap aku suka gelak dan aku cakap tu hobi aku sebab kadang2 aku taktahu macam mana nak express diri melainkan senyum dan gelak walau benda tu tak lawak dan sering timbulkan rasa pelik dalam kalangan orang di sekeliling aku -.-'

benda tak berapa nak lawak pun aku boleh sengih , mana yang lawak lagi lah aku boleh terbahak sampai boleh tarik perhatian orang terdekat dengan aku . nak buat macam mana nie ? aku dah takboleh nak kontrol perangai aku . puan mama dah tahu perangai tak senonoh aku nie , dah puas dia bebel sayang tapi still tak makan saman . huhu

ok . maaf , aku banyak mencarut mengarut . sebenarnya aku tak suka perasaan bilamana aku sorang tak dapat tidur then aku sendiri tak tahu apa aku nak buat sebab aku akan rasa aku keseorangan , ya . alone :')

bila aku rasa aku tak ok , aku akan buat benda yang buat tambah aku tak ok . err apa ? tak faham ya ? ok takpe . aku akan explain dengan teliti . satu persatu ok :)

aku tak suka bila aku keseorangan sebab tu buat aku jadi sedih , rindu orang memana tak tentu pasal , bila aku dah start rindu merindu , secara manual automatik tangan aku akan cari muzik yang sesuai dengan keadaaan sedih aku 

its like bila aku tengah sedih , ada lagu yang akan iringi kesedihan aku . ecewahh . maaf . dah tambah aku mengarut dah 

apa2 jadi malam nie , cuma satu aku nak nangis , laung kuat2 , aku rindu mama , papa , adik2 yang bila balik , tak semua aku dapat jumpa tu . sangat aku rindu haa T,T aku rindu rumah , rindu nak bilik dan semestinya aku rindu dengan bantal golek dengan selimut kartun aku ! :')

tiap2 ketika aku rindu dengan selimut kartun tu . dapat pun sebab mama hadiahkan sempena birthday aku . aku taktahu apa motif mama hadiahkan selimut kartun pada usia aku ke 17 . adakah aku masih kecil di mata beliau ? atau aku masih manja di mata beliau ?

tapi apa2 pun aku sayang yang amat dengan selimut tu sampai aku taknak bawak datang sini , bukan sebab segan tapi sebab terlampau sayang . macam aku sayang mama ! :D

aku sayang mama , sangat sayang . kadang2 bila datang rindu , aku nak je tidur atas riba dia walau kalau real aku segan nak buat sebab aku tahu kepala aku berat dan yaa of course mata aku akan cepat terlelap je :')

dan sekarangg , aku rasa macam nak tengok mama dan papa tidur , aktiviti yang aku akan sentiasa buat bila balik kampung , aku sanggup bangun malam semata2 nak tengok diorang tidur dan bila diorang macam terjaga dari tidur je , cepat2 aku lari masuk bilik :')

aku tahu benda tu takde motif . kalau korang nak tahu nape alasan aku buat semua tu . cuma satu aku akan jawab

"aku nak tengok diorang bernyawa , aku nak tengok gerak badan diorang dan hati aku sangat berdebar bila aku tengok diorang senyap , dan the real is , aku tak sanggup nak kehilangan diorang dan sampai satu tahap aku berharap yang aku akan pergi dulu sebelum dorang , aku tak sanggup nak hilang orang sekeliling aku"

aku sangat sayang dan sangat menghargai orang sekeliling aku . hari ni , saat nie dan sampai bila2 . sayang dan sayang :')

# aku banyak mengarut malam nie , entri yang takde motif . aku menaip sambil menangis . ahh ! tak habis2 manja . err mamaa :'(

Mohon kau panggil aku adik

Assalamualaikum

Bila cakap pasal kerja memang tak akan pernah habis dah tak akan pernah siap selagi kita hidup :)

Bila otak mula fikir pasal kerja , memang benda lain dah taknak fikir langsung dah kecuali benda tu sangat2 penting nak2 lagi bila melibatkan perasaaan . 

Cinta cintun ? Haruslah di fikirkan jugak . Muehehe . Eh ? Dan oh ya ! Macam kau , sahabat :')

31-5-2013 

ya , jangan bebel . kau comel apa , cuma effect cahaya kat belakang tu over sangat T,T


time nie aku bebel kat kau suruh ambil gambar , lain aku suruh lain kau buat . hasilnya , mulut aku macam tengah minum air walhal tak pun . kau dah macam pro ? :P


sticker gambar nie yang paling aku suka , kenangan kan ? esok2 aku dah takde , kurang2 kau ada kenangan kita semua dekat Wangsa Walk :P

dan ya , for all , aku cuma nak cakap

Selamat Ulang Tahun ke 20 . kau dah tua dari aku ok . mohon panggil aku adik lepas kau baca entri nie :P
hak milik kekal syafiqah zuhari