= ceritasayastory.blogspot.com: October 2013 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

dah nak pindah dahh

assalamualaikum

harini aku rasa nak feel sedih 

macam nak tangkap semua gambar . sekali aku tengok makcik jual nasi pun aku rasa sedih . rasa macam nak amek je gambar dengan makcik . makcik tu pulak buat drama sedih , macam2 ucapan dia bagi . dia kata dia akan rindu muka aku dengan member aku . muka makcik tadi pun dah lain macam . hmm . semua nya kes bila aku cakap harini la last day aku datang kedai dia sebab harini gak dah last day aku stay dekat Taman Koperasi Polis ni :')

lepas ni , esok ! aku dah nak pindah . kata orang , nak cari angin baru . semua nya adalah sebab aku nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri yang nak kena ikut suami . mana suami aku stay , situ jugaklah aku duk berkepit . hatta bulan , bintang sekalipun , akan aku tempuh semata suami tersayang :'D ihikk . 
nampak dak aku mengatal ? wehehehe . mau aku kena lekuk kepala dengan parents aku kalau tahu macam gini tapi apa salah ? aku pun dah nak habis belaja dah kann . boleh je nak try cari calon hidup . hmm . agak2 ada sudi tak ? lalalala :)

sebenarnya tu intro entri je , yang aku nak cakap yang sebenarnya aku dah nak habis belajar . lagi berapa bulan dah nak start praktikal . doa kan semoga aku berjaya sampai anak cucu habis praktikal dengan jaya nya . dalam excited nak jadi cikgu , tapi the real nya aku takut nak tempoh zaman kerja . yela . aku naif . tak pernah pun aku kerja . sadis kan kisah aku ? harap2 nya kerja pertama yang aku lakukan ni akan diberkatiNya dan dapat membuatkan aku menjadi lebih matured gitewww :D

cakap nak pindah memang lah excited tapi masalah nya barang2 aku tak kemas 100% lagi T.T

ingat nak sambung kemas , tapi sebab badan aku lenguh2 di sebab kan briefing yang berjam2 tadi buat aku tak senang duduk . di sebab kan benda alah tu penting , tak boleh nak miss walau terasa seksa . bangun pagi2 sebab nak pegi kolej . dengan perut kosong sambil mata aku berat semacam sebab mengantuk 

maklumla . hari last duduk rumah nie , banyak yang nak kena imbau balik kenangan , sebab tu susah aku nak tidur walau hakikat yang sebenarnya , aku melayan movie je malam tadi . cerita Titanic lak tuu . muehehe . apa ? yup ! aku tahu cerita tu dah basi tapi bila tengok balik , ada jugak rasa "keperempuanan" tu keluar . sebak jugaklah bilamana part sedih . dan hasilnya . last2 aku tak dapat tidur sampai Subuh

dan ya . mata aku mintak di rehat je . sampai aku update lain entri di hari lain ye . bye !

sebab sebab blog tak update

assalamualaikum

dah lama tak update blog , laptop kena pegi servis time balik raya hari tu . then tak amek peduli pasal laptop punnn . bila dah dapat laptop pulak , even on pun tak use broadband sebab bajet broadband dah tamat limit . tapi semalam terasa nak cucuk broadband dekat lappy and then muwallahh ! brodband boleh connect 

suka rasa hati ni . girang gemirang gituwww :'D

terus online , tengok blog yang dah berkulat sambil jenguk2 blog list . banyak rupa nya cerita yang aku ketinggalan . jauh di belakang sanaa . sadiss T.T
lepas ni dah janji takmo tinggal blog dah . kunun nya lah kann . ihikk
padahal banyak faktor yang buat aku tak layan blog dah . sebab ?

- dah nak habis belajar . banyak benda aku nak kejar . aku promise , lepas aku habis belaja , aku layan blog balik ehh . janji ni haa :')

- sibuk kemas barang2 sebab nak pindah . owhyeahh ! dah nak pindah dekat tempat baru . err Rawang je pun . sebab dapat praktikal dekat sana . harap nya dapat kawan baru kat sanaaa . lalalalala :D

- last pulak , sebab utama , aku makin kering idea T.T ohmaigodd . sebenarnya ni lah punca terbesar . aku dah takde idea !HAHAHAHA

macam mana la nak kekal jadi penulis blog ni . hmm . failed terus la nih

dan yup . otak aku dah kering idea . terpaksa berhenti sini dulu . lain hari aku update lagi ye . terima kasih la yang tegur blog aku berkulat tu . aku tak kisah sebab dah memang betul punn . InsyaAllah kalau ada mood nak update , ada la entri aku nanti . muehehe 

bye !

sekadar ingatan

assalamualaikum 
sekadar pengkongsian . sebab saya pun selalu buat . dah macam habit . sangat menakutkan . sekarang dah sedar .InsyaAllah lepas ni dah tak buat :')

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada
Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari kiamat!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti 
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya,
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah 
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit,
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka. 
Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakim[truncated by WhatsApp]
hak milik kekal syafiqah zuhari