= ceritasayastory.blogspot.com: August 2014 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

pleassee . tolong aku !

assalamualaikum

aku hengat nak tukar segala layout dan background blog ni tapi aku akui aku tak pandai dan tak berapa nak terror . tadi aku tengok kartun doodle ! dan woha ! what a cute image ! kalau la aku mampu nak buat doodle aku sendiri pasti best ! pasti blog aku hebat gemilang cemerlang terbilang dan ok . aku berangan saja

by the way siapa kat sini boleh edit blog ? taruk kartun doodle . peh . lawa . dan kartun doodle tu kalau nak buat untuk aku . buat aku pakai spek bingkai hitam besar besar macam budak skema sebab aku memang pemakai kaca mata tegar sekarang. pleassee . tolong aku !

kalau hati dah ikhlas

assalamualaikum
semenjak laptop aku takda dekat tangan aku sekarang, semua benda aku nak buat susah hokey ! dan bilamana terpaksa guna pc dekat rumah , memang aku banyak songeh sebab bila guna pc, aku kena duduk sopan lagak gadis ayu di atas kerusi depan pc. dan aku akui aku tak gemar sebab aku tak boleh nak ganas-ganas :')
lain la kalau aku ada lappy, boleh berbaring , meniarap lagak negeri ngeri atas katil . aku boleh makan minum sesuka hati depan beliau . boleh pasang speaker kuat-kuat sampai kena bebel dan paling best beliau akan teman aku tidur dengan didengari alunan zikir takpun nasyid . tak ! sudah ! aku tahu aku ni ex pelajar Kolej Islam tapi aku tak alim dengan ilmu yang seberapa tak boleh melayakkan diri aku untuk digelar ustazah nak-nak lagi dengan statement aku dengar zikir dan nasyid tu . semua tu aku buat sebab aku nak berubah . berubah untuk apa ? biar lah aku tahu . 
dan ok . sikit aku nak share dari satu sumber yang aku dapat ialah kalau nak berubah memang susah . dan ya ! memang susah . takda benda dalam dunia ni yang senang sebenarnya . nak makan mahupun tidur . semua tak senang . dan blablabla sangat susah ok . tu la yang aku buat . kata sumber tu benda paling dekat dan hampir yang boleh kita buat sebagai permulaan nya ialah padam atau delete segala lagu di dalam laptop ataupun telefon dan campak jauh-jauh . hokey . senang tak ? tak senang kan . sebab aku dah buat dan aku tahu memang sukar . yela . lagi-lagi permulaan nak basuh hati kita . nak tenangkan hati , takda mudah nak buat semua tu . permulaannya aku cuma delete lagu-lagu mp3 saja . dan DONE ! memang sukses tapi bila nak kena delete ALL VIDEO yang aku duk jiwang karat hampir tiap-tiap malam tu agak sukar ok . bukan agak tapi memang sukar pun dan ya . akhirnya aku tak delete . sobss
sampai la lepas tu adik aku pinjam lappy aku . sebulan kemudian , dia balik dan aku mintak lappy dengan niat aku nak jiwang karat . lepas aku on , aku cuba cari semua video yang masih ada tapi tak jumpa . dan cari dan cari dan memang HILANG ! dan aku akui aku naik angin , cepat aku smach adik aku tanya katmana semua lagu . dan time tu aku dah pasang niat . kalau dia yang delete , memang dia nak kena . hokey ! tapi tak kan sebab pasal lagu , dah nak gaduh-gaduh . aku tanya dia bebaik apa masalah dia nak delete semua video tu dan adik aku punya jawapan yang cun

"laptop kakak dah berat sangat . dah nak full , kalu abe delete cerita nanti kakak marah , baik delete lagu"

dan ok . saat tu aku terdiam . sebenarnya Allah dah tolong aku . Dia tahu hati aku tak kuat nak delete semua video lagu tu . dia dah hantar pertolongan melalui adik aku yang tolong aku delete semua benda alah tu . see ! benda nampak simple tapi bila hati dah ikhlas niat nak berubah , semua boleh jadi . dan Kun faya kun !
hak milik kekal syafiqah zuhari