= ceritasayastory.blogspot.com: October 2014 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

aku dan idea gila gila

assalamualaikum

petang nan indah , menunggu masuknya waktu magrib . ketika kejadian , tuan papa membelah dada buah betik yang dah rosak untuk diberi makan pada burung-burung comel peliharaan beliau .

dan

dada buah betik dibelah dua . satu diagihkan ke dalam sangkar burung dan satu lagi masih di atas pagar yang tingginya setinggi bahu kecik kenot aku ni

maka tetiba aku hampiri betik tersebut , tunduk sedikit . dan.......

aku : helo ! helo ! pembesar suara . kakak di sini 
*saat ketika itu aku berpaling belakang

puan mama : KAHKAHKAHKAH

aku : aduh . mama nampak ? malu nya kakak . betik tu sesuai dijadikan pembesar suara
*lalu berlari anak ala ala masuk ke dalam rumah 

aku dan idea gila gila berpisah tiada
the end

hijrah

Assalamualaikum

Susah nya nak jaga hati . koh koh koh

Tiap kali teringat dekat sesiapa , tiap kali tu juga mood jiwang tangkap leleh datang . betapa tak kuat iman aku . HAHAHA . dah . jangan gelak dengan iman tipis aku . mohon berikan aku nasihat untuk aku upgrade kan iman aku . tsskkk

Aku suka membaca . macam macam aku baca . dulu dulu suka hadap novel dan tangkap leleh jiwang juga tapi dah besau macam gini aku kira aku dah matured . ihiksss

Peratus aku hadap mana mana novel dah tipis . syukur . dah tak perlu nak bazirkan duit hadap novel . online novel kan hadooo . dah gian sangat , boleh saja baca secara online tapi tak aku buat juga sebab dah macam buang masa juga . hadap skrin lama lama buat power spek aku makin naik . dah sudah satu hal pula nak kena upgrade power . tsskkk

Tapi aku pilih cara lain , aku nak upgrade iman aku . aku giat juga hadap blog dan page page yang awesome di facebook . macam macam aku dah belajar . tambah ilmu dalam diam . dalam banyak banyak page tu , dah ada berjaya buat aku sentap hokay

See

Betapa hati jantung limpa aku lemah dan lembut , jentik sekali terus teghasa .

Well , tanda nya hati aku mudah terima apa saja teguran membina . jadi , sila lah tegur salah silap aku yang mana nampak gedik mengada tu . aku terima saja.

Pernah aku baca . dah pernah aku teghasa . katanya

“kalau rindu orang , jangan diluah dekat orang tu , luah dekat Allah . mengadu dengan Allah , nescaya Allah akan tolong kita”

Sama juga dengan

“kalau suka dekat seseorang , jangan diluah dulu , minta dengan Allah , supaya Allah mudahkan segala urusan”

Kesimpulan ?

Apa kau rasa , kau nak , luah dekat Dia sebab sebenarnya Dia rindu kau untuk meluah dan mengadu denganNya . dah sudah nak berinduan tak tentu pasal . luah dekat Allah . aku dah dapat banyak pengajaran . dan aku percaya apa dah Allah aturkan tu dah baik . bukan aku nak berlagak alim ulama dan nak cakap aku budak baik

TIDAK

Aku adalah budak tak baik dan cuba belajar jadi baik.

Hijrah manusia ?

Datang dalam pelbagai cara .

Alhamdulillah . Allah dah jentik hati aku

alhamdulillah

tarbiah diri

Assalamualaikum

Aku akui aku suka pergi kenduri , sebab makan freeee . ok . aku ulang , makan FREEE . hoho

Tapi sebenarnya asbab utama aku pergi kenduri tu adalah aku nak survey cara orang kahwin . kan , betapa aku galak nak survey apa yang patut walau aku pun tak ada calon lagi . survey menyervey lagak nak kahwin dalam masa terdekat saja . ihiksss

Tapi tak apa . aku manusia

Manusia kan belajar dari pengalaman

Banyak yang aku dah tengok bilamana aku pergi mana mana kenduri . yang baik aku ingat sampai hari ni . yang buruk aku kasi campak jauh jauh . agar tak aku buat untuk majlis aku nanti . KAHKAHKAH .

Ada orang cakap aku
“kenapa sibuk sangat nak kahwin? Macam nak kahwin cepat je”

Aku diam . sentap hokay . sentap .

Aku buat apa aku nak buat . aku survey menyervey tu bukan makna aku nak kahwin lagi pun . memang nampak aku galak mengalak tapi sebenarnya aku tak harap apa apa

Kata orang baik baik dan berfikiran luas ,

JODOH TU ADA 2
Jodoh dengan manusia dan jodoh dengan kematian

Aku dapat yang mana dulu ? Allah saja tahu . sebab tu bagi aku , aku tak harap yang mana mana . 
Cuma dengan kematian tu aku lagi ingat .

TAPI manusiaaa..

Mudah nak perli dan ingat bila jodoh dengan manusia tak sampai lagi . dah kenapa kan . siapa la aku nak rancang semuanya jadi super superb . duk diam diam dan muhasabah diri lagi baik

Sebab tu bila ada yang tanya pasal calon aku . aku diam

Dan bila kena perli tak ada calon lagi , aku pun diam

Jodoh tu kerja Allah , baik mana aku rancang , baik lagi Allah aturkan . yang nak hidup aku . dan nak mati pun ok . pedulikan cakap cakap orang sekeliling

Hati

Hati ni dah ada koyak rabak sikit . tu yang aku gigih nak upgrade balik . nak jadi lagi baik dari asal . dah sudah nak perli . aku memang bukan budak baik tapi aku nak jadi baik

TOLONG

TOLONG doakan aku kuat dalam hadap semua ragam manusia sekeliling aku 

aku dan kerja sia sia

Assalamualaikum

Suatu petang nan indah bersama tersayang

Adik : kakak guna internet gapo ?

Aku : kakak buat yang sehinggit sehari. Sebab guna fon ni tak best. Kadang kadang bayar mahal untuk bulanan tapi tk sampai 2 hari dah habis. Tapi tu kakak tengok dalam fb la. Kakak tk penah buat lagi. Lagi best BlackBerry dulu. Internet free

Adik : dah tu kalau yang ni nak buat bulanan berapa ringgit?

Aku : rm32. Mahal gila.malas kakak nak buat, macam rugi pula. Kadang kadang sistem tak betul . rugi la. Tapi kannn

Adik : tapi gapo?

Aku : macam bodoh pula . HAHAHA. Kakak buat internet sehinggit sehari tapi kadang kadang buat siang malam jadi RM2 sehari. Bayangkan , dalam sebulan ada 30 hari . jadi?

Adik : RM2 x 30 hari =RM60 sebulannnnnn . wooooooo. Lagi mahal, kakak betul ko dok ni?

Aku : kakak tahu kakak tak betul . HAHAHA.

Aku dan kerja gila dan sia sia berpisah tiadaaaaa .
The end

salam maal hijrah

Assalamualaikum

Manusia memang ada prinsip dan gaya hidup tapi ada juga segelintir tu tersasar dari apa yang dirancangkan

Macam aku

Dah gian nak menukar gaya tulis blog . tapi tak apa . fikiran positif cakap semuanya sebab seiring dengan umur aku yang dah meningkat naik .

OK 

aku dah masuk 20 an an an totaimon daisuki . Doraemonnn
*maaf aku melalut

Manusia perlukan perubahan ke arah lebih baik . ayuhh . macam aku

Kan dah masuk maal hijrah . dah tahun baru pun . kira azam la tu . tak akan la nak dikira tahun baru 2015 juga ?

OK

Dah sudah kalau kau nak ikut juga . asal kan azam kau tercapai yerp *jelling
Aku pun punya azam juga , upgrade iman , upgrade kerja dan upgrade segala galanya

KECUALI

Badan . HAHAHAHA

Aku taknak upgrade badan jadi bambam . maaf . bukan aku nak hina siapa siapa yang bambam . tapi bagi aku

KESIHATAN TU NIKMAT TERBESAR ok

Kena jaga . selagi tak sakit dan bahagia ni kena jaga semua nya . kelak kena sakit apa apa dikau akan menyesal . dah tiada guna .

Cadangnya aku , aku nak jaga kesihatan aku . supaya aku sihat dan pantas dan seterusnya aku berkemampuan untuk jaga orang orang tersayang aku .

Jesteru

SAYUR SAYURAN HIJAU jangan dilupa !

perjalanan ke ijazah

assalamualaikum
aku dah sihat . dah kurus comel bak barbie doll dah :P
aku kena jaga badan disebabkan nak sambung belajar . hoho . banyak yang harus dijaga sebelum otak diperah kembali . doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye :')
kalau yang tahu , aku dah pun habiskan diploma aku walau tak graduate lagi , untuk tahun depan insyaAllah aku terpacak dekat uia sambil pakai topi segi empat petak dan pegang skroll aku . waktu tu aku jemput semua pembaca aku ke sana . bawa juga sejambak bunga bungaan sebagai tanda korang wish aku dah tamat belaja yo . time tu aku akan ambil gambar korang satu persatu dan tepek ke dalam blog usang aku ni . tanda aku hargai giteww :')
haa . dah habis diploma aku akui aku dok tanam anggur , tembikai , stroberi dan lain lain dekat rumah . aku jual secara borong , nak beli ? contact facebook aku ye :')
ok . maaf la . aku jauh melalut . cerita sebenarnya makin hari aku duduk menanam segala bagai buah , akhirnya aku ditegur big boss aku

"kakak, bila nak sambung belajar?"

dan aku sengih . sesungguhnya aku sangat bersyukur bila sebenarnya aku dikurniakan family yang bebebebetul ambil berat pasal aku dan menjaga pendidikan aku . walau aku akui aku tak superb macam yang lain . tskkk .
ceritanya selepas ditanya soalan sama beberapa kali , akhirnya di sebabkan aku rasakan umur aku makin tua *terima kasih buat kau , kau dan kau dan semua yang wish birthday aku . peluk cium dari aku buat semua* aku akhirnya ambil langkah untuk google semua tempat belajar . dan selepas beberapa hari aku survey dan tapis punya tapis , lastly , InsyaAllah Allah tetapkan pilihan hati aku dekat sini , satu tempat yang tutttt . HAHA . haa , mintak maaf ye , selagi tak boleh confirm tak akan aku beria-ria . apa pun harapnya semua berjalan lancar . doakan aku ! aminn
sehingga aku update lain hari 

makanan di Malaysia yang mengemukkan

Situasi 1
Aku : ma , kakak nok diet . tengok , dah macam gemuk dah ni
Puan mama : ok , diet la
Aku : tengok tu , bukan nok bagi semangat , sampai hati jawab sambil lewa
Puan mama : *sengih
Tiba-tiba lalu dekat depan kedai kek cheese leleh
Aku : mamaaa , beli kek . macam best . terliur *sambil tarik-tarik tangan beliau
Puan mama : ok , yang tadi nak diet kan
Aku : makan sikit je . nanti kakak diet la

Situasi 2

Puan mama : kakak , baju awak macam ketat . awak dah gemuk
Aku : eh ! biar betul ? malunya *sambil pusing kiri kanan -,-‘
Puan mama : tu la makan non stop , makan tidur makan tidur . dah gemuk dah
Aku : mana ada . kakak tak tidur pun . mama yang marah kakak tidur . lepas subuh mana ada tidur dah
Dan sambil itu aku ke dapur mencari makan

Situasi 3                                                                                                                                
Aku : mama , takleh jadi ni , esok petang jom kita g jogging , memang kena kurus dah ni . badan dah naik dah ni
Puan mama : yela . dah tu g jela esok
Aku : mama kena teman kakak , mana boleh g sorang . nanti kena culik
Puan mama : mama takda masa . hujung minggu ni la
Aku : ok , takpo , nanti kakak nok beli basikal . nak round hari-hari bagi kurus . baru lawa . 
Puan mama : ok , kita tengok
Aku : ok , kita kena kurus ma , badan kena jaga . nanti tua tak sakit-sakit pon
Puan mama : *kerling dekat aku sambil senyum agak sinis
Sambil tu tangan leka menyuap baki kek cheese leleh ! hoho

Situasi 4
Puan mama : malam ni macam nak g pasar malam
Aku : jom ma , kakak janji tak akan beli makanan
Puan mama : ok , kita tengok
Sampainya di pasar malam , mula-mula jalan saja tanpa terliur tapi mata dah toleh dekat cocoanut shake ! tapi otak boleh lagi proses NO ICE ! HAHAHA . tapi bila jalan balikkkk
Aku : mama , nak air cocoanut shake
Puan mama : ok , g la
Aku : kakak order , nanti mama belanja eh
Bila dah dapat green light , bukan kata air , makanan sampingan juga dah aku tapau . hotdog cheese pulak tu . dan bila nak balik pula , dalam kereta
Aku : ma , bestnya ni . cheese dia meleleh
Puan mama : ohyee . yang tadi kata taknak beli makanan pon
Aku : eh ! lupa ! hahaha
Puan mama : *sengih juaa
Aku : alaaaa , malam ni . esok janji taknak makan banyak . nak eksesais . tak makan cheese dah pon
Puan mama : esok awak puasa la , puasa sunat isnin khamis
Aku : ok , great idea . nanti boleh tambah pahala dan badan pon balik asal


Dan ok assalamualaikum ! hehehe . panjang benau mukadimah aku untuk entri kali ni , bukan apa , siapa yang senasib dengan aku mesti tahu . dulu waktu belajar , makanan terhad . nak masak apa-apa pun kena berkira , faktor kewangan utamanya lepas tu stay dengan kawan-kawan , bila nak masak . takda sampai hati nak makan sorang yedak ? tapi bila dah balik rumah sendiri . apa kau nak makan , kau dapat . tambah pulak ada skill memasak macam aku ni . hahaha . rasanya dapur tu dah jadi tempat febret aku dah . apa yang aku nak makan , aku buat . walau kadang-kadang pernah juga mintak tolong dengan abang google tapi tak apa , malu ber google , masakan tak sedap , so kena rajin godek macam-macam menu yang senang , sedap dan mengenyangkan ! sampai sekarang aku dah buat satu buku masakan yang aku suka dalam buku . jenuh juga menulis tapi insyaallah berguna . so , dear future husband aku , awak nak makan apa-apa esok , Insyaallah saya get ready kan . dan dengan syarat awak mesti telan dan habiskan walau tak sedap . well , at least hargai la apa yang saya masak kan ? dan ok . aku dah melalut jauh dah ni . dan apa aku nak cakap , once dah ada kelebihan berada di rumah sendiri ni , satu yang bakal jadi ialah kau akan makan non stop ! HAHAHA . percaya la cakap aku . dengan keadaan nak makan anytime pon boleh , kau akan jadi lalai . ihikss .  macam aku , aku makan saja . kalau takda makanan , aku gigih juga cari resepi nak masak apa-apa . dan sekarang , aku dah bambam sampai makcik aku panggil aku “kakak dah bolat” well , its cute nickname actually tapi agak sedih ok . HAHAHA . dan kalau korang perasan , aku ni suka dengan cheese dan mungkin juga segelintir akan fikir , sebab tabiat aku yang agak suka cheese tu boleh mengundang bambam aku , rasa nya tak sebab aku dah belajar dan ternyata yang menyumbang kearah bambam itu adalah dengan makan mayonis . tak percaya , tengok list ni .



list ni aku belajar dari seorang yang berpengalaman dan juga merupakan pakar makanan. so , dari situ aku sangat beringat dengan apa aku makan . Alhamdulillah . berkesan rupanya puan tu ajar aku dulu kala . hehe . dan sekarang , disebabkan aku rasa gaya hidup aku yang dah agak tersasar jauh sikit dengan gaya aku dulu , jadi aku dah ambil keputusan nak hidup cara lebih sihat . bagi aku , nak kurus itu bukan semata-mata nakkan body model bak Barbie doll tu tapi its about our healthy . yala . kan semua penyakit bermulanya dari perut , selagi boleh elak tu , teruskan elak . dan memang , setiap penyakit tak ada siapa pun nak tapi selagi boleh elak . why not ? so , ayuh ! hidup cara sihat . sehingga aku update lain entri
hak milik kekal syafiqah zuhari