= ceritasayastory.blogspot.com: perjalanan ke ijazah Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

perjalanan ke ijazah

assalamualaikum
aku dah sihat . dah kurus comel bak barbie doll dah :P
aku kena jaga badan disebabkan nak sambung belajar . hoho . banyak yang harus dijaga sebelum otak diperah kembali . doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye :')
kalau yang tahu , aku dah pun habiskan diploma aku walau tak graduate lagi , untuk tahun depan insyaAllah aku terpacak dekat uia sambil pakai topi segi empat petak dan pegang skroll aku . waktu tu aku jemput semua pembaca aku ke sana . bawa juga sejambak bunga bungaan sebagai tanda korang wish aku dah tamat belaja yo . time tu aku akan ambil gambar korang satu persatu dan tepek ke dalam blog usang aku ni . tanda aku hargai giteww :')
haa . dah habis diploma aku akui aku dok tanam anggur , tembikai , stroberi dan lain lain dekat rumah . aku jual secara borong , nak beli ? contact facebook aku ye :')
ok . maaf la . aku jauh melalut . cerita sebenarnya makin hari aku duduk menanam segala bagai buah , akhirnya aku ditegur big boss aku

"kakak, bila nak sambung belajar?"

dan aku sengih . sesungguhnya aku sangat bersyukur bila sebenarnya aku dikurniakan family yang bebebebetul ambil berat pasal aku dan menjaga pendidikan aku . walau aku akui aku tak superb macam yang lain . tskkk .
ceritanya selepas ditanya soalan sama beberapa kali , akhirnya di sebabkan aku rasakan umur aku makin tua *terima kasih buat kau , kau dan kau dan semua yang wish birthday aku . peluk cium dari aku buat semua* aku akhirnya ambil langkah untuk google semua tempat belajar . dan selepas beberapa hari aku survey dan tapis punya tapis , lastly , InsyaAllah Allah tetapkan pilihan hati aku dekat sini , satu tempat yang tutttt . HAHA . haa , mintak maaf ye , selagi tak boleh confirm tak akan aku beria-ria . apa pun harapnya semua berjalan lancar . doakan aku ! aminn
sehingga aku update lain hari 

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari