= ceritasayastory.blogspot.com: tarbiah diri Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

tarbiah diri

Assalamualaikum

Aku akui aku suka pergi kenduri , sebab makan freeee . ok . aku ulang , makan FREEE . hoho

Tapi sebenarnya asbab utama aku pergi kenduri tu adalah aku nak survey cara orang kahwin . kan , betapa aku galak nak survey apa yang patut walau aku pun tak ada calon lagi . survey menyervey lagak nak kahwin dalam masa terdekat saja . ihiksss

Tapi tak apa . aku manusia

Manusia kan belajar dari pengalaman

Banyak yang aku dah tengok bilamana aku pergi mana mana kenduri . yang baik aku ingat sampai hari ni . yang buruk aku kasi campak jauh jauh . agar tak aku buat untuk majlis aku nanti . KAHKAHKAH .

Ada orang cakap aku
“kenapa sibuk sangat nak kahwin? Macam nak kahwin cepat je”

Aku diam . sentap hokay . sentap .

Aku buat apa aku nak buat . aku survey menyervey tu bukan makna aku nak kahwin lagi pun . memang nampak aku galak mengalak tapi sebenarnya aku tak harap apa apa

Kata orang baik baik dan berfikiran luas ,

JODOH TU ADA 2
Jodoh dengan manusia dan jodoh dengan kematian

Aku dapat yang mana dulu ? Allah saja tahu . sebab tu bagi aku , aku tak harap yang mana mana . 
Cuma dengan kematian tu aku lagi ingat .

TAPI manusiaaa..

Mudah nak perli dan ingat bila jodoh dengan manusia tak sampai lagi . dah kenapa kan . siapa la aku nak rancang semuanya jadi super superb . duk diam diam dan muhasabah diri lagi baik

Sebab tu bila ada yang tanya pasal calon aku . aku diam

Dan bila kena perli tak ada calon lagi , aku pun diam

Jodoh tu kerja Allah , baik mana aku rancang , baik lagi Allah aturkan . yang nak hidup aku . dan nak mati pun ok . pedulikan cakap cakap orang sekeliling

Hati

Hati ni dah ada koyak rabak sikit . tu yang aku gigih nak upgrade balik . nak jadi lagi baik dari asal . dah sudah nak perli . aku memang bukan budak baik tapi aku nak jadi baik

TOLONG

TOLONG doakan aku kuat dalam hadap semua ragam manusia sekeliling aku 

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari