= ceritasayastory.blogspot.com: November 2014 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

aku seorang cikgu budak budak

Assalamualaikum

Kerja ok . aku suka . yang tak ok sebab aku demam . bertambah tambah demam nya . sampai batuk batuk saja . Puan Mama cakap aku batuk kering . sebab bila aku batuk , ia akan keluarkan bunyi yang agak kuat . hohoho . sampai kan aku sendiri dah penat nak batuk . walhal dah tak minum ais atau makan yang sejuk sejuk tapi tak jalan jugaaaaa . sampai lah perit tekak batuk menerus je . tskkk

Bila dah teruk je batuk nya , Puan Mama suruh aku perah limau dan telan sikit perahan limau . uhuk . masam ok masam . terperit perit mata menahan masam . tapi tak jalan juga , sampai lah beliau suruh aku telan Fisherman dan Strepsils 
tapi awal awal lagi aku menahan suruh jangan beli sebab

Aku memang jenis tak tertahan dengan gula gula yang terrrrrrlampau berangin
Tak sampai 5 saat , aku buang je . huuuu . tak ke dah rugi namanyaaa . gula gula Mentos yang mint tu pun sejak dua menjak ni baru boleh aku telan . ni nak bagi benda lagi berangin , dah tak payah lerr . HAHAHA

DAH

Sekarang aku nak bercerita tentang kerja aku . aku suka . biar orang lain pandang rendah sekalipun . bagi aku , perangai budak budak ni banyak . memang la ada orang cakap nak jaga budak budak tak perlu belajar sebab once kau dah jadi ibu , natural je kau dapat belajar semua tu . semua nya boleh kau buat dari anak kau bangun tidur pagi , dia poo poo , mandi , makan , main dan tidur balik . yedak ? small matter katanya .  

YA . aku tahu dan faham semua orang boleh buat semua tu . tapi kalau mereka yang bijak pandai fikir dengan logik , bilamana semua orang dah faham semua tu , kenapa pula wujudnya kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak ? nah . dah ada kos sedemikian maknanya , ada benda yang sememangnya boleh kita belajar waima dari seorang budak kecil yakni ahli syurga tu . kan ? kan ? kannnnn ?

Sebenarnya bagi aku sendiri , pelajar diploma pendidikan islam awal kanak-kanak , banyak benda yang boleh aku tahu dengan melihat dari seorang kanak-kanak saja . pendek kata , bila tengok mana mana budak je , otak aku secara manual automatic akan relete dengan apa yang dah aku belajar . macam mana perangai budak tu , cara nak tangani masalah yang jadi dan lain lain lagi . dan Alhamdulillah apa yang aku belajar ni luas sebab aku boleh tengok dan uji otak aku sendiri dengan ramai kanak-kanak . well said , walau belum berkahwin dan semestinya belum punya anak sendiri tapi otak ni dah boleh get ready untuk apa yang akan jadi . well said my future husband , senang la kita nanti , bini awak ni dah pandai macam macam dah . kahkahkah

Memang aku akui ramai tak tahan dengan kerjaya ni , tak semua boleh sabar dengan karenah budak budak . sikit sikit nak cubit . sikit sikit nak marah tapi jujur aku cakap , kau , kau dan kau memang stupido bilamana kau marah marah ahli syurga tu hokay . dia budak . kau tau apa makna budak ? seorang mahkluk kecik kenet yang punya bau badan yang sangat manis dan wangi , yang punya perangai comel , yang punya rambut yang sangat halus dan lembut , yang gelak bila diagah , yang suka kutip benda benda kecil masuk mulut , yang suka panjat itu dan ini , yang suka tarik apa yang boleh ditarik , gigit apa yang boleh digigit . dan yang , hmmm yang sangat istimewa . nah . tudiaa istilah bayi , kanak-kanak , budak-budak.

Kenapa kau tak tertahan dan menahan setiap amarah dan kegeraman kau buat ahli syurga tu ?

“ dia anak orang lain , kenapa susah susah nak sayang dan ambil berat , tak 
ada pertalian darah pun”

Nah . kau dan jawapan kau boleh masuk sekolah dan ambil UPSR balik . huhuhu . sini , dekat blog aku ni aku nak tanya kau , kau tak ingat hukum karma ke ? apa kau buat , akan jadi balik dekat kau . kau lupa ke ? lets say , harini kau cubit , marah , geram , tak puas hati dengan anak orang , tak ke kau fikir budak tu akan besar dan one day kau pula tua . hidup ni macam roda jah oi . kau muda , budak tu kecil , dah besar , budak tu pula muda . and they will do anything to you . kalau iman tak kuat , ada pula kes balas dendam . waktu tu , jangan nak menjerit maki maki la budak tu tak kenang budi ke , kurang ajaran ke , apa apa sekalipun sebab sebenarnya kau yang ajar budak tu jadi macam tu

Ok . tarik nafas , fuh fuh fuhh . ter emosi sikit

Sambung . thehe . sebenarnya apa apa jadi , bukan seratus peratus terletak dibahu ibu bapa . itu pendapat aku , kalau tak setuju , kau tulis entri kau sendiri yerp . kuikuikui . jadi nya juga punca dari manusia terdekat , makcik pakcik , atuk nenek , sedara mara , ipar duai , semua tu diambil kira . tak ingat ke kau dengan syarat syarat sewaktu cari calon nak kahwin ? well said , nak cari bakal suami atau isteri seboleh bolehnya cari la yang dari keturunan baik baik . tak 
kaya raya tak apa , asal perangai baik baik

Kenapa ?

Sebab semestinya kau pun nak zuriat yang baik baik je yedak ? nah , dari tu , cari la yang baik baik , didik baik baik dan berperangai baik baik . sebenarnya semua jadi sebelum kau kahwin lagi . kau sendiri kena didik diri kau jadi baik . jangan malas dan beralasan banyak banyak hokay , kelak aku ketuk kepala lelaju . huhuhu


Kesimpulan kali ni , aku masih lagi tak sihat tapi itu tak mematahkan semangat aku nak cari calon dan juga praktis jadi ibu mithali . gitewww

kerja sampai jayanya

Assalamualaikum

Kata nak melupakan tapi satu tindakan pun tak ambil . lepas tu mula la nak tangkap leleh sorang sorang . tak ke macam vongok namanya . uhuk uhuk

Macam mana nak bina hidup yang indah mawadah sakinah kalau masih ingat apa yang tak perlu diingat . kenangan tetap kenangan tapi yang lepas tetap lepas . tak rare la asyik dok ingat saja . dah macam kau tak laku pula . kemon bebeh  , Allah tak ciptakan dia sorang saja kat muka bumi ni . luaskan pandangan kau . toleh kanan kau , nampak aku kan ? toleh kiri kau , nampak aku lagi tak  ? hmm ok . sekarang kau toleh depan , belakang , atas , bawah kau juga . apa ? betul ni ? nampak aku juga ? hmm . hmmm

OK

SAH !

SAH aku la jodoh kau . jom kita bina keluarga bahagiaaaaaa . kihkihkih

Dah sudah . pembuka bicara entri kali ini . galak kemain aku kan . biasa la , sekarang aku demam , tekak sakit , semua sakit , Allah nak hapuskan dosa dosa kecil aku . alhamdulillah alhamdulillah . lagi pula dah nak masuk hujung tahun . hujan memanjang . musim bah dah hampir tiba . biasa la pantai timur , bagi aku hujung tahun masa nak tambahkan berat badan sebab asyik hujan dan makan je . nak keluar ? memang tak la . tapi disebabkan aku dah pun start kerja , hujan ke tidak , kena semangat nak cari rezeki . giteww . semangat


First day kerja yang agak hokay dan awesome . banyak dugaan . penat ? kerja apa yang tak penat ? nak cari rezeki halal memang gitu jah . biasa la . bak kata puan mama , susah dan penat kerja tu boleh buat kau bersyukur erti nilai duit . betapa payah nak cari duit zaman sekarang . yedak ?

sebab tu jujur nya aku sadis dan geram bak nak gigit gigit bucu bantal bilamana orang pertikaikan apa yang dah aku buat sekarang . ada yang perli umur aku patut nya belajar dan sambung belajar , bukannya kerja . dan tadi

"awak sama umur dengan anak makcik kan? kenapa tk sambung belajar?"-makcik kedai

"insyaallah niat nak sambung tu ada, mungkin tahun depan"- aku

"kenapa tak terus je? macam anak makcik dulu kan matrik lepas tu sekarang master, sambung terus, makcik kasi dia sambung dan sambung sampai phd, biasa la, nanti lagi banyak belajar, gaji pun tinggi nanti"
*sambil petik petik jari nya tunjuk gaya duit banyak-makcik kedai

ohoi . makcik dan duit tak dapat dipisahkan . siap kau siapa siapa nak masuk meminang anak beliau nanti . BHAHAHA . well said , aku ? dalam hati dah cakap . yela . dah rezeki tu makcik yang tentukan . saya sedih sebenarnya ni makcik . makcik orang senang , boleh cakap itu dan ini . makcik bukan tahu masalah saya sebenarnya . apa yang saya dok hadap sorang sorang sampai saya pekak kan telinga nak hadap semua orang

manusia

tahu nak komplen saja . sedih betul saya tau . tsskkk . saya buat ni ada sebab sendiri . biar Allah je tahu , waima family bahagia saya pun tak tahu . target sekarang kerja keras sikit je . biar ada yang menghalang , kejayaan tengah menanti nak sambut saya . tu yang saya tahu

macam makcik , saya pun tahu ramai yang tak puas hati dan komen macam macam dengan pilihan saya tapi ingin saya tegaskan saya buat semua ni atas satu tanggungjawab yang besar sebesar badan saya . thehehe . well makcik , tak semua nak kena saya luah dekat sini dan cerita dekat siapa siapa . kali ni , cukuplah yang satu tu je tahu rahsia saya 

cuma satu harapan saya , agar makcik dan semua doakan saya . dah dahla kondem saya . tak ingat hukum karma Allah ? kata orang , esok lusa diri sendiri kena *angkat kening sebelah

dann

SELECT computer , CLICK Local Disk (D:) , select my picture , select US

Click folder then

DELETE

Khalas ! Dah delete segala kenangan . selamat tinggal . berkubur la dikau dengan kubur tidak bertanda . tsskkk . moga kelak akan ada cahaya membolehkan aku membina new folder untuk kenangan baru . thehe
hak milik kekal syafiqah zuhari