= ceritasayastory.blogspot.com: kerja sampai jayanya Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

kerja sampai jayanya

Assalamualaikum

Kata nak melupakan tapi satu tindakan pun tak ambil . lepas tu mula la nak tangkap leleh sorang sorang . tak ke macam vongok namanya . uhuk uhuk

Macam mana nak bina hidup yang indah mawadah sakinah kalau masih ingat apa yang tak perlu diingat . kenangan tetap kenangan tapi yang lepas tetap lepas . tak rare la asyik dok ingat saja . dah macam kau tak laku pula . kemon bebeh  , Allah tak ciptakan dia sorang saja kat muka bumi ni . luaskan pandangan kau . toleh kanan kau , nampak aku kan ? toleh kiri kau , nampak aku lagi tak  ? hmm ok . sekarang kau toleh depan , belakang , atas , bawah kau juga . apa ? betul ni ? nampak aku juga ? hmm . hmmm

OK

SAH !

SAH aku la jodoh kau . jom kita bina keluarga bahagiaaaaaa . kihkihkih

Dah sudah . pembuka bicara entri kali ini . galak kemain aku kan . biasa la , sekarang aku demam , tekak sakit , semua sakit , Allah nak hapuskan dosa dosa kecil aku . alhamdulillah alhamdulillah . lagi pula dah nak masuk hujung tahun . hujan memanjang . musim bah dah hampir tiba . biasa la pantai timur , bagi aku hujung tahun masa nak tambahkan berat badan sebab asyik hujan dan makan je . nak keluar ? memang tak la . tapi disebabkan aku dah pun start kerja , hujan ke tidak , kena semangat nak cari rezeki . giteww . semangat


First day kerja yang agak hokay dan awesome . banyak dugaan . penat ? kerja apa yang tak penat ? nak cari rezeki halal memang gitu jah . biasa la . bak kata puan mama , susah dan penat kerja tu boleh buat kau bersyukur erti nilai duit . betapa payah nak cari duit zaman sekarang . yedak ?

sebab tu jujur nya aku sadis dan geram bak nak gigit gigit bucu bantal bilamana orang pertikaikan apa yang dah aku buat sekarang . ada yang perli umur aku patut nya belajar dan sambung belajar , bukannya kerja . dan tadi

"awak sama umur dengan anak makcik kan? kenapa tk sambung belajar?"-makcik kedai

"insyaallah niat nak sambung tu ada, mungkin tahun depan"- aku

"kenapa tak terus je? macam anak makcik dulu kan matrik lepas tu sekarang master, sambung terus, makcik kasi dia sambung dan sambung sampai phd, biasa la, nanti lagi banyak belajar, gaji pun tinggi nanti"
*sambil petik petik jari nya tunjuk gaya duit banyak-makcik kedai

ohoi . makcik dan duit tak dapat dipisahkan . siap kau siapa siapa nak masuk meminang anak beliau nanti . BHAHAHA . well said , aku ? dalam hati dah cakap . yela . dah rezeki tu makcik yang tentukan . saya sedih sebenarnya ni makcik . makcik orang senang , boleh cakap itu dan ini . makcik bukan tahu masalah saya sebenarnya . apa yang saya dok hadap sorang sorang sampai saya pekak kan telinga nak hadap semua orang

manusia

tahu nak komplen saja . sedih betul saya tau . tsskkk . saya buat ni ada sebab sendiri . biar Allah je tahu , waima family bahagia saya pun tak tahu . target sekarang kerja keras sikit je . biar ada yang menghalang , kejayaan tengah menanti nak sambut saya . tu yang saya tahu

macam makcik , saya pun tahu ramai yang tak puas hati dan komen macam macam dengan pilihan saya tapi ingin saya tegaskan saya buat semua ni atas satu tanggungjawab yang besar sebesar badan saya . thehehe . well makcik , tak semua nak kena saya luah dekat sini dan cerita dekat siapa siapa . kali ni , cukuplah yang satu tu je tahu rahsia saya 

cuma satu harapan saya , agar makcik dan semua doakan saya . dah dahla kondem saya . tak ingat hukum karma Allah ? kata orang , esok lusa diri sendiri kena *angkat kening sebelah

dann

SELECT computer , CLICK Local Disk (D:) , select my picture , select US

Click folder then

DELETE

Khalas ! Dah delete segala kenangan . selamat tinggal . berkubur la dikau dengan kubur tidak bertanda . tsskkk . moga kelak akan ada cahaya membolehkan aku membina new folder untuk kenangan baru . thehe

1 comment:

  1. lain mcm intro orng dmam nih eik.,

    nyebok jer mkcik tu kan., hmm smpai aku pun dah bjngkit jaga tepi kain orng., kat sini., waaakakakakakaka

    ala stakat delete jer leh recover smula suma tu., alang2 tukar hardisk baru la., yg lama bakar jer., permanently removed.., kekeke., jgn marah eiy.,

    ReplyDelete

hak milik kekal syafiqah zuhari