= ceritasayastory.blogspot.com: bila aku bersuara Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

bila aku bersuara

Assalamualaikum

Aku ni boleh dikira baran juga . mungkin sebab pembawakan aku sebagai anak sulung dan cucu sulung . lagak aku yang berkuasa . sebab tu kecil kecil dulu aku suka usik adik adik aku . bergaduh nombor satu . tak kira masa . sebab aku tahu bilamana adik adik menangis disebabkan perbuatan aku , aku akan terlepas . yelah . siapa nak marah kakak yang sulung ni yedok ? aku bersalah tapi aku langsung tak kena marah . hebat yedak penangan si sulung ni ? BHAHAHA

Tapi sejak mejak aku dah jadi anak dara berkaca mata yang vogue lagi kurlas ni , perangai pun dah berubah la . baran ada tapi dah belajar banyak sabar . nak pula ambil kos kanak kanak , belajar pula di kolej Islam , perangai buruk tu dah terhapus jauh ke dalam dasar tanah . pheww

Sekarang bila ada benda buat aku sakit hati , aku dah jenis pendam . kau tahu kan , bilamana terlampau pendam dan taktahu tempat nak luah , kadang kadang airmata pun tak terkeluar nak bantu kurangkan beban ni . airmata hati dan kering kontang

Kau tahu ?

Allah tu baik sangat . betapa aku sayang kau , Allah lagi sayang aku . aku tak nafikan . betapa aku teghasa hati dengan kau , Allah lagi teghasa hati dengan segala perbuatan aku . who know ?

Ini cerita aku . aku nak kongsi sikit . lepas kau habis baca entri aku ni , kau aku dah anggap macam rubXXXh . tak . aku bukan nak mencarut . tu bukan perangai aku . kalau kau nak tahu apa XXX tu , sendiri kau fikir , tak pun pergi google dictionary

Kau tahu . aku kesal . kesal sangat dengan apa dah terjadi bertahun lamanya . betul kata orang , lebih baik tak kenal langsung dari kenal dan nak melupakan pula . payah weh payah . tapi tak apa , tekad aku kuat kali ni , semua benda pasal kau aku dah gunting , bakar dan tiup abunya . biar dia lari jauh dibawa angin sama macam perasaan aku dah kosong kosong kosong zero sekarang .

Perasaan aku dah kosong .

Kau tahu apa kosong ? yes . aku tahu kau tahu . kau bukan bodoh . kau Cuma buat buat bodoh

Kau dah tak ingat ? bertahun lamanya dulu perasaan aku pun kosong juga . kosong sangat tapi kau datang lagak prince charming . tabur segala janji manis ke atas diri aku . kadang kadang ayat kau lagi manis dari gula . boleh buat orang meninggal terus bila dengar .

Sekarang dah jadi macam ni , aku dah anggap kau dah tabur bunga putih lagi suci atas kuburan aku . which means , kau dah bunuh aku .

YES !

Cara kau dalam diam sebenarnya dah bunuh perasaan aku . sangat membunuh . kau dah carik hati aku . kau dah letak asid , kau dah toreh . hati dan perasaan aku berdarah weh . berdarah

Kau kejam

Aku dah sakit . sembuh belum mungkin jadi .

Dah sudah dengan sifat bongkak kau , mungkin dulu aku agak noob sebab berdiri sebelah kau . saling hulur bantuan bila kau juga susah tapi aku hilang kejap dari mata kau , dah kau buat perangai . mungkin aku juga lagaknya bodoh yang amat bilamana tiap tiap ketika google dan fikir ayat bombastic semata mata nak surprise dekat kau . mungkin juga aku pendek akal sebab tiap kali aku keluar shopping , sentiasa beli something yang suwit sawit sebab nak surprise kan kau

Aku bodoh . kau tak pandang rupanya semua tu . tak kau pandang segala hasil kerja aku .

Kau Cuma ambil kesempatan .

Kau tahu kan susah nak jaga hati . macam aku juga . pernah jaga hati aku untuk kau . kau tahu jenis aku macam mana kan ? sekali aku sayang , aku sayang je . tak pandang lain sebab aku taknak orang yang aku dok sayang tu terluka . sebab aku tahu sangat macam mana sakit bila terluka

Dengan kau sama . aku dah jaga hati aku . susah ?? yup . memang . kau tahu kan sebenarnya aku boleh pergi dengan orang lain yang lagi hebat dari kau . tapi aku masih duk membodohkan diri dengan kau . kau tahu kenapa ? sebab aku dah janji dengan kau . kau pun sama kan ? tapi sekarang ? nokharom . hilang semuanya

Tak . aku bukan nak emosional tapi ni luahan hati aku . aku kesal dengan kau . aku pantang orang tipu aku . tak kemana hidup kau . pergi la . bahagia dengan apa yang kau dah buat .

Kau tahu ?

Allah . bila nak tunjuk kebenaran , lambat mana pun Dia akan tunjuk . tapi tak apa . dah tak payah aku nak jaga hati limpa perasaan kau . kau dah mati . macam perasaan aku juga


Terima kasih buat segalanya . jumpa di "sana" nanti.

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari