= ceritasayastory.blogspot.com: ada hikmah semuanya Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

ada hikmah semuanya

Assalamualaikum

“Kadang kadang kita nak duit , kita sangka duit boleh bagi kebahagian tapi Allah tak bagi duit sebanyak mana kita nak tapi dia kurniakan kebahagian kepada kita”

Allah ni baik sangat , kita nak apa semuanya sebenarnya kita dah pun dapat ,lambat atau cepat ,semuanya boleh datang dalam pelbagai cara . boleh jadi apa yang kita nak tu tak baik pun buat kita . jesteru , Dia tukarkan yang lagi baik , siapa tahu kan ? *senyum

Macam aku , dah habis belajar dan punya cerita sedih jauh di Gombak sana nun membuatkan aku dah tak ada hati nak jadi warga kota . banyak dah aku belajar sepanjang bertahun tahun , errr means 3 tahun je pun dekat sana membuatkan aku fikir tak ada yang best dekat sana . orang lain mungkin , terkejar nak jadi warga kl , nak havoc kata nya tapi Alhamdulillah aku tak ada sifat macam tu.
Allah punya sayang aku , walau aku terpaksa berada di Kuala Lumpur semata mata nak belajar pun , Allah hantarkan aku dekat Kolej Islam Antarabangsa ,  tempat yang mana banyak ajar aku erti hidup , cara menutup aurat dan sebagainya . jauh beza dengan yang lain walau terpaksa datang , membuatkan berubah 360 darjah .

Syukur aku hadratkan juga sebab punya keluarga yang sangat bombastic , sentiasa tarik bila aku dah nampak melalut tak kira masa . HAHAHA . punya keluarga yang tak ajar apa tu hiburan dan makanan segera . punya keluarga yang aku rasa memang 24 jam dalam hati sanubari aku . pheww

Terima kasih buat keluarga sebab tak pernah ajar makan apa itu makanan segera , mula nya memang teghasa bila Puan Mama dan Tuan Papa jarang treat KFC dlln semua tu . rasa macam tak ikut trend pula tak makan makanan gitew . KAHKAHKAH . tapi dah besar baru aku faham , semua mak ayah buat sesuatu tu bersebab dan sebab tu adalah yang terbaik buat anak anak yakni aku dan adik beradik lain . Alhamdulillah

Makanan segera mana yang bagus kan ? paling tak makanan tu tak sihat pun sebenarnya dan kadang kadang kalau dah terlebih ambil semua segera , boleh jadi obess . syukur sebab rupanya tu sebab Puan Mama dan Tuan Papa  tak ajar makan . pernah sekali waktu kecil bila aku makan jajan dan Tuan Papa tengok , terus suruh aku buang jajan tu jauh jauh . sedih nau waktu tu . zaman budak , mana nak faham kan ?

Tapi sebab tu la sampai hari ni aku dah tak layan jajan , tak sihat , HAHAHA . terima kasih Allah sebab kurnia kan semua yang terbaik buat aku . dari pemerhatian pun , ramai kawan kawan yang suka makan fast food , jajan dan lain lain punya masalah berat badan berlebihan .

Terima kasih buat kedua Puan Mama dan Tuan Papa sebab jaga kan badan aku dengan adik adik yang sampai hari ni maintain sihat dan comel . KAHKAHKAH . bakal anak anak soleh solehah aku esok esok pun aku tak nak ajar makanan segera . harharhar

K . lawak hambar

Kawan?

Aku juga punya kawan , masa belajar punya kawan , mungkin disebabkan sifat aku tak berkira , ramai kawan melekat . tapi bila dah habis belajar , semua dilupakan . mula mula sedih , menyesal tolong kawan kawan waktu diorang susah . tssskk .

Tapi

Allah tu baik , tahu mana yang baik dan buruk untuk aku . kawan yang aku anggap thorbaik tu sebenarnya kawan yang tikam aku dari belakang . dan kawan yang aku anggap tak ada apa apa tu lah lekat sampai hari ni . Allah tu baik , tunjuk dan kurniakan yang baik baik buat aku , kau dan kita semua .

Menyesal ?

Cakap perkataan menyesal tu makna nya aku tak boleh terima apa dah jadi , semua tu takdir kan , kalau tak jadi sesuatu benda , tak ada nya pengajaran yang boleh aku ambil

Pengalaman tu kan guru terhebat.

Apa dah jadi semua ada hikmah .

macam aku terpaksa pindah ke Setapak .

Kuala Lumpur lagi ?

kata tak suka ?

Allah tu baik sangat , apa yang bakal jadi mungkin ada hikmah di sebaliknya .

Apa aku nak takut ?

*sepak segala kesedihan T,T*

Dalam hati dah pun terisi sekarang . HAHAHAHA

kbai 

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari