= ceritasayastory.blogspot.com: kontrak surirumah DONE! Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

kontrak surirumah DONE!

Assalamualaikum

Hai. Partime job aku sebagai surirumah bakal ditamatkan kontraknya a few days lagi T,T

Tapi oklah juga . Dah faham sangat macam mana jadi surirumah . Practice make perfect hokay . Miahahaha

Pagi pagi lepas Subuh , selalu dah tak tidur , get ready sediakan breakfast untuk diri sendiri . Tak kira la dok sorang ke berdua ke berbanyak mana ke tapi makan tetap makan . Nafsu makan tetap ado . Bhahaha . Walau kadang kadang makan roti salut ngan Milo pun dah kira ok T,T

Kalau rajin sikit , ada la mood goreng kuetiaw :’)

Lepas tu mandi , kemas apa patut dan layannnn je laptop sampai rasa

“ok. Kena stop. Masak time”

Dah tu ber eksesais kaki tangan , rambut sanggul tinggi tinggi lagak baru habis lepas pantang , sebab nak berperang dengan kuali , sudip , sudu , garfu dan seangkatan dengannya di dapur . Hevat penangan “surirumah” Puan Mama dan Tuan Papa dekat dapur nih . kahkahkah

Tapi

Yang aku perhati bila kakak kakak yang betul betul surirumah dekat luar tu , perkara yang betul betul buat pening tiap tiap hari adalah bila asyik fikir

“nak masak apa?”

So do I

T,T

Kejap nak masak tu , pergi dapur , Ok bahan tak cukup , tukar ke Plan B , nak masak lain kunun nya dan ke dapur lagi , bahan Plan B pun tak cukup , ke Plan C pula , pun tak cukup bahan nak masak

Dan asyik fikir dan fikir . Last last

OK . Balik ke Plan A balik lah , pandailah aku campak segala benda dalam masakan ni . Tawakal jela apa yang akan rasa dengan masakan tu . ekekeke

Dan sebenarnya satu kepuasan bila dah masak semua hidangan licin dimakan sampaikan kuah pun bantai dihirup sekali . Satu kelegaan hokay nak nak lagi lepas orang makan masakan aku tu tak ada komplen sakit sakit perut , dah kira terer masak ler nih . miahahaha

Dah berbulan lamanya tuntut ilmu rumahtangga , sekarang kena la fikir kan masa depan pula . Panjang lagi perjalanan hidup . Paling koman pon kena lah beli sebijik kereta atau sesuatu yang sangat berharga untuk ganjaran pada diri sendiri . malah dah boleh get ready kumpul duit nak beli kasut Converse untuk kahwin nanti ! kahkahkah


No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari