= ceritasayastory.blogspot.com: rela tak kahwin kalau. . . . Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

rela tak kahwin kalau. . . .

Assalamualaikum

Hai . Biasa la kalau kejap aku ada mood nak update entri , kejap mood nya ke laut China Selatan . ekekeke . Umum stalker pembaca blog tegar aku akan faham bilamana aku dah ada dengan family dekat kampung , peratus nak hadap laptop sekalipun ciput sebabkan ada budak kecik kenit minat benar dengan laptop aku yang akan berkata kata

“Yong, buka la games Barbie, Yayah nok main”- Yayah

“Mana boleh, Yong nak buat kerja Yong ni” - Aku

“Yayah pun ada kerja penting jugok. Kerja nok main games Barbie, sokmo Yong buat kerja Yong, bagila dekat Yayah pula” -Yayah

“ Eeeiii Yayah ni bisingla, g tubik(keluar) nun, g main handphone Papa, main Pou, g mintak ngan Papa” - Aku

“Yayah cakap Yayah tokse tubik selagi Yong tak bagi main laptop Yong” - Yayah

Dan setelah mem besar masuk campur , it was jadi macam nih
-


-


-


-


-
“Syafiqah, bakpo bising ni, bagi dia main kejap pastu off la”

T,T

Kalau ye pun nak hadap laptop , kena cari masa sesuai sangat la . Baru aman T,T

Sebabkan dah pernah pegang title cikgu budak budak . Dalam laptop memang penuh cerita kartun dan segala benda yang budak budak suka . thehehe . Dan pastinya kalau budak budak dapat laptop aku , mesti susah diorang nak kasi balik T,T

Dan sekarang dah balik ke Setapak , aku dah ada masa sikit nak buat apa yang aku minat . Yes buat apa yang minat sebelum mula kerja awal bulan ni . Walau hati tak puas nak berteman mesra dengan adik beradik lagi tapi masing masing hado tugas , maka semua kena kembali ke tempat perjuangan masing masing .

Kata Puan Mama

"setiap detik dengan anak anak memang berharga, masa awok semua single ni la boleh berkumpul, dah kahwin esok esok taktahu macam mana pula perjalanan hidup masing masing"

Dan aku dah macam

T,T

"rela tak kahwin kalau terpaksa korbankan kebahagian dengan family. sobss sobss"


*sahabat dunia akhirat T,T

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari