= ceritasayastory.blogspot.com: cerita kerja aku Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

Google+ Badge

cerita kerja aku

Assalamualaikum

Hai . Alhamdulillah aku sihat . Kehidupan pun dah penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dah . Kadang kala rasa hormon badan aku dah dipenuhi dengan hormone gembira dan bahagia . Jadi , kesimpulannya sila lah kawan dengan aku . InsyaAllah akan dipenuhi rasa positif . thehehe :’D

Aku dah pun mula bekerja . Penat ? Kerja apa yang tak penat kan tapi aku suka kerja aku . Sentiasa sengih di tempat kerja melayan budak budak which bukan sengih yang dibuat buat , tak ke akan natural nampak awet muda yedok ? Bhahahaha

Aku suka kerja yang banyak bergerak sebenarnya sebab tu salah satu cara aku nak jaga badan . Ekekeke . Kalau jenis kerja yang kena duduk satu tempat boleh buat aku cepat bosan T,T

Lagi banyak aku bergerak , lagi banyak burn lemak . Sambil kerja sambil exsercise . Sila lah contoh tips jaga badan dari aku . miahahahaha

Dan bila banyak bergerak , makan tak sempat , kadang kadang boleh puasa juga . Bila sibuk bergerak , tak rasa sangat masa tu bergerak , tup tup dah petang dah . Dan bila dah balik , rumah sendiri pula , Puan Mama masak , walau telur goreng cicah kicap pun rasa nikmat . Baru rasa diri nih disayangi sebab aku tahu Puan Mama sentiasa sibuk cari rezeki tapi demi aku balik kerja , dah disiapkan beliau air dalam peti ais . Terharu ok terharu T,T

Dan kadang kadang baju kerja pun dibantai masuk washing machine dek Tuan Papa T,T nak menangis pon ada sebab pantang tudung aku masuk mesin T,T baju kurung pun tak pernah bawak masuk mesin unless urgent sangat T,T sebabkan nak jaga kualiti kain dan lain lain memang rela guna manual basuh pakai tangan je T,T

Tapi

Aku tahu diorang semua sayang aku . Nak senangkan aku . Terharu lebih lebih lagi T,T Mana nak cari kesayangan macam nih . Dah kerja pun dimanja lagi . Mana la aku nak tinggalkan diorang dah .

Kadang kadang ada orang tak faham , kenapa la nak bodohkan diri kerja dekat Kelantan which peluang kerja pun ciput je T,T gaji pun rendah . Dah alang alang duduk KL banyak peluang kerja , kenapa bodoh tak grab tu semua T,T

Tapi bagi aku , diorang yang kurang kasih sayang je cakap macam tu . HAHAHAHA

Bagi aku , KL bukan tempat aku . Jiwa aku kosong dekat sana . Aku sendiri pun tak tahu apa yang nak dekat sana . HAHAHA . Jiwa aku dekat sini , dekat rumah aku , dekat bilik aku sendiri . Bukan mengada tak dapat nak jauh dari parents , bukan

Tapi

Mana la orang faham . Gaji , duit , pengalaman bila bila boleh cari , tapi kasih sayang keluarga , bila nya boleh beli . Selagi ada peluang , selagi aku belum jadi hak milik siapa siapa . Jiwa aku dekat sini :’)

Luahan sedih dari aku, Cikgu Syafiqah yang sentiasa blurr

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari